PADANS SABAH 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN BAYARAN SYUKUR SABAH
Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan Sekretariat Sabah Maju Jaya (SMJ) terus komited membantu golongan berpendapatan rendah melalui pengenalan PADANS Sabah 2026 dan portal rasmi SYUKUR Sabah 2026.
Inisiatif utama di bawah pangkalan data ini ialah Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR / SYUKUR Sabah), yang memberi bantuan kewangan tunai dan kredit berfasa sehingga RM2,400 setahun (RM200 sebulan) kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang layak.
Bagi anda yang ingin mengetahui status kelayakan, amaun bayaran mengikut fasa, serta cara pendaftaran akaun baharu, berikut adalah panduan lengkap menyemak maklumat PADANS Sabah 2026 secara rasmi.
Baca juga: MY KASIH 2026 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
APA ITU SISTEM PADANS SABAH & BANTUAN SYUKUR?
Untuk mengelakkan kekeliruan, Kerajaan Negeri Sabah membahagikan peranan dua sistem utama ini :
- PADANS Sabah (padans.sabah.gov.my) : Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah yang digunakan untuk pendaftaran profil pengguna, permohonan baharu bantuan negeri, dan kemas kini maklumat isi rumah.
- SYUKUR Sabah (syukur.sabah.gov.my) : Portal khas semakan status kelayakan dan rekod pembayaran bagi Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) 2026.
PENGENALAN PADANS SABAH
Bantuan PADANS Sabah dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) |
| Jumlah Bantuan | RM200 (sebulan) |
| Cara Pelaksanaan | Secara Berfasa (4 Fasa) |
| Kelayakan | Ketua Isi Rumah (KIR) tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) |
Tujuan utama pelaksanaan Bantuan PADANS Sabah adalah untuk :
- Meringankan beban kewangan penerima untuk mendapatkan keperluan asas khususnya makanan;
- Menyokong golongan yang memerlukan bantuan untuk kehidupan yang lebih wajar;
- Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Negeri Sabah.
SYARAT KELAYAKAN PADANS SABAH 2026
Kelayakan Bantuan Sabah mestilah terdiri daripada :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia |
| Had Umur | Berumur 18 tahun ke atas |
| Status Penempatan | Beralamat dan bermastautin di Negeri Sabah sekurang-kurangnya 1 tahun |
| Negeri Kelahiran | Kelahiran Sabah; atau Pemegang Kad Pengenalan berstatus ‘H’ (Sabah) Kategori Penerima Ketua Isi Rumah (KIR) |
| Kadar Pendapatan | Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
| Status eKasih | Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam dalam pangkalan data eKasih atau Sistem Pangkalan Data Negeri Sabah (PADANS) |
AMAUN & JADUAL PEMBAYARAN SYUKUR SABAH
Penerima yang sah akan menerima bayaran sebanyak RM200 sebulan, yang diagihkan sebanyak 4 kali setahun (RM600 bagi setiap fasa) :
| FASA PEMBAYARAN | TEMPOH BULAN | AMAUN BAYARAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | Januari Februari Mac | RM600 |
| Fasa 2 | April Mei Jun | RM600 |
| Fasa 3 | Julai Ogos September | RM600 |
| Fasa 4 | Oktober November Disember | RM600 |
SEMAKAN STATUS PADANS SABAH 2026 ONLINE
Untuk membuat semakan status kelayakan penerima bayaran PADANS Sabah, sila ikuti langkah-langkah mudah di bawah :
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAn |
|---|---|
| Portal PADANS | https://padans.sabah.gov.my/ |
- Layari Portal Rasmi PADANS Sabah : https://padans.sabah.gov.my/
- Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
- Lihat pada ‘Semakan Permohonan’ dan klik pada butang [Semak].
- Anda akan dibawa ke halaman Semakan Kelayakan Program Sentuhan Kasih Rakyat 2026 di pautan https://syukur.sabah.gov.my/
- Klik pada butang [Teruskan].
- Masukkan (Nombor MyKad) di ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-)
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- Status Kelayakan Permohonan akan di paparkan.
- Sekiranya disahkan LAYAK Bayaran akan dimasukkan ke dalam akaun yang telah dikreditkan sebelum ini.
- Selesai.
CARA PENGKREDITAN PADANS SABAH
Pengkreditan duit bantuan PADANS sabah kepada penerima adalah seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai akaun bank | Dikreditkan terus ke dalam akaun bank penerima |
| Tiada Akaun | Bank Bayaran secara tunai di bank atau Pusat Agihan yang ditetapkan |
MAKLUMAT LANJUT & TALIAN BANTUAN RASMI
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Program Sentuhan Kasih Rakyat (PSKR) atau SYUKUR SABAH, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 088 338 338 atau 088 309 279
- Portal Rasmi SYUKUR : https://padans.sabah.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi PADANS Sabah, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan PADANS Sabah.Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.