SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 2
Hanya yang berkelayakan sahaja layak untuk menerima inisiatif Bantuan Tunai Rahmah bayaran Fasa Kedua (2) yang akan dilaksanakan tidak lama lagi dengan kadar bermula RM100 hingga RM500 mengikut kategori dan kelayakan penerima.
Bagaimanakah cara semak Bantuan Tunai Rahmah? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN DUIT EKASIH 2026 : STATUS LAYAK ATAU TIDAK & BAYARAN BANTUAN
MEDIUM BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah kepada penerima yang layak adalah melalui dua (2) medium yang berbeza seperti berikut :
| BAYARAN UNTUK PENERIMA ADA AKAUN | BAYARAN UNTUK PENERIMA TIADA AKAUN |
|---|---|
| Penerima yang ada akaun bank serta melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan perlu menunggu bayaran Bantuan Tunai Rahmah dimasukkan ke dalam akaun secara berperingkat | Penerima yang tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan perlu menuntut bayaran Bantuan Tunai Rahmah di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan Tunai Rahmah untuk tahun 2026 kepada setiap kategori penerima :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | Diganti bayaran SARA |
SYARAT LAYAK BANTUAN TUNAI RAHMAH
Bantuan Tunai Rahmah hanya layak diterima oleh mereka yang memohon serta memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan di bawah :
- Kelayakan Isi Rumah :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 (B40) atau Bawah RM5,000 (M40) |
- Kelayakan Warga Emas :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 60 tahun dan ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Bercerai (tiada tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM5,000 |
- Kelayakan Bujang :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | 21 hingga 59 tahun |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Bercerai (tiada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 |
SEMAK BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026
Untuk mengetahui anda layak atau tidak terima bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2, ikuti cara semak yang lengkap dan mudah di bawah :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status penerima Bantuan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan Tunai Rahmah (STR), sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel rasmi seperti berikut :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/FAQ/FAQ%20PEMBAYARAN%20STR%202026.pdf.