MY KASIH 2026 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

MY KASIH 2026 SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

Kerajaan Malaysia telah menambah baik pelaksanaan program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 bagi membantu mengurangkan beban kos sara hidup rakyat. Menerusi inisiatif bantuan tanpa tunai (cashless) ini, seramai 8.1 juta rakyat Malaysia yang layak menerima pengkreditan bulanan menerusi MyKad (Kad Pengenalan) bermula Januari hingga Disember 2026.

Adakah anda salah seorang penerima bayaran ini? Artikel ini menyediakan panduan lengkap mengenai syarat kelayakan, kadar bantuan bulanan, jadual pengkreditan, serta cara membuat semakan status My Kasih 2026 secara rasmi dalam talian.

Baca juga: SEMAK BAYARAN SKAS SARAWAK : TARIKH, JUMLAH & STATUS PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN MY KASIH 2026

Kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) My Kasih 2026 terbahagi kepada dua kategori utama :

JENIS SARA MYKASIHKELAYAKAN
BERSTATUS EKASIHWarganegara Malaysia;

Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan

Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
BUKAN EKASIHWarganegara Malaysia;

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

AMAUN BULANAN & KELAYAKAN SETAHUN

Kadar pembayaran My Kasih 2026 dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima setiap bulan mengikut kategori penerima seperti berikut :

  • Jumlah Bayaran Bulanan :
KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM100 Setiap Bulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
BujangRM100 Setiap BulanRM50 Setiap Bulan
  • Jadual Bayaran Bulanan & Jumlah Keseluruhan (Setahun) :
KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBUKAN EKASIH
Isi RumahJanuari : RM200
Februari : RM200
Mac : RM200
April : RM200
Mei : RM200
Jun : RM200
Julai : RM200
Ogos : RM200
September : RM200
Oktober : RM200
November : RM200
Disember : RM200

TOTAL : RM2,400
Januari : RM100
Februari : RM100
Mac : RM100
April : RM100
Mei : RM100
Jun : RM100
Julai : RM100
Ogos : RM100
September : RM100
Oktober : RM100
November : RM100
Disember : RM100

TOTAL : RM1,200
Warga Emas Tanpa PasanganJanuari : RM150
Februari : RM150
Mac : RM150
April : RM150
Mei : RM150
Jun : RM150
Julai : RM150
Ogos : RM150
September : RM150
Oktober : RM150
November : RM150
Disember : RM150

TOTAL : RM1,800
Januari : RM50
Februari : RM50
Mac : RM50
April : RM50
Mei : RM50
Jun : RM50
Julai : RM50
Ogos : RM50
September : RM50
Oktober : RM50
November : RM50
Disember : RM50

TOTAL : RM600
BujangJanuari : RM100
Februari : RM100
Mac : RM100
April : RM100
Mei : RM100
Jun : RM100
Julai : RM100
Ogos : RM100
September : RM100
Oktober : RM100
November : RM100
Disember : RM100

TOTAL : RM1,200
Januari : RM50
Februari : RM50
Mac : RM50
April : RM50
Mei : RM50
Jun : RM50
Julai : RM50
Ogos : RM50
September : RM50
Oktober : RM50
November : RM50
Disember : RM50

TOTAL : RM600

KAEDAH PELAKSANAAN & PENGKREDITAN BANTUAN

Penerima yang layak tidak akan menerima wang tunai ke dalam akaun bank bagi elaun SARA ini. Sebaliknya, kaedah pelaksanaan My Kasih 2026 adalah seperti berikut :

KAEDAH BAYARANMEDIUM BAYARAN
Tanpa Tunai (cashless)MyKad (Kad Pengenalan)

Penggunaan : Boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas terpilih (seperti beras, minyak masak, telur, roti, biskut, dan bahan makanan asas lain) di pasar raya dan kedai runcit berdaftar MyKasih di seluruh negara.

TARIKH & JADUAL PEMBAYARAN MY KASIH 2026

Pengkreditan elaun My Kasih 2026 dilakukan pada 1 haribulan pada setiap bulan (kecuali bulan Januari) :

BULAN PEMBAYARANTARIKH PEMBAYARANTARIKH AKHIR/LUPUT KREDIT
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
09/01/2026
01/02/2026
01/03/2026
01/04/2026
01/05/2026
01/06/2026
01/07/2026
01/08/2026
01/09/2026
01/10/2026
01/11/2026
01/12/2026
31/12/12026

Nota Penting : Baki elaun bulanan yang tidak habis digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya, namun semua kredit akan terbatal / luput pada 31 Disember 2026.

SEMAKAN STATUS MY KASIH 2026 ONLINE

Untuk mengetahui sama ada anda LAYAK ATAU TIDAK menerima bayaran elaun ini, anda boleh membuat semakan status melalui dua portal rasmi di bawah :

PORTAL SEMAKANPAUTAN
Portal SARAhttps://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

Semak Status di Portal SARA :

  1. Layari Portal Rasmi SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  3. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  5. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  7. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : Contoh : 100.00
  8. ⁠Selesai.

Semak Status di Portal MySTR :

  1. Layari pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT & PERTANYAAN RASMI

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

*Penafian : Maklumat-maklumat dalam artikel ini adalah kami rujuk sepenuhnya daripada sumber rasmi Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Portal Rasmi SARA, serta kongsikan untuk memudahkan rakyat Malaysia mengetahui info terkini berkaitan My Kasih 2026. Pihak kami tidak sama sekali meminta maklumat peribadi pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat yang dikongsikan ini.

Leave a Comment