BAYARAN DUIT MYKASIH SARA BULAN MAC 2026 MULA DIMASUKKAN – CEK STATUS PEMBAYARAN SEGERA

BAYARAN DUIT MYKASIH SARA BULAN MAC 2026 MULA DIMASUKKAN – CEK STATUS PEMBAYARAN SEGERA

Untuk makluman penerima sedia ada, bayaran duit Bantuan MyKasih SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk bulan Mac telah mula dimasukkan ke dalam Kad Pengenalan dan boleh digunakan pada bila-bila masa di lebih 10,000 ribu premis yang terpilih seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semakan status bayaran duit MyKasih SARA bulan Mac? Ikuti panduan dan baca info penuh di bawah.

BACA JUGA : CHECK STR : FASA 2 2026

BAYARAN DUIT MYKASIH SARA BULAN MAC 2026 MULA DIMASUKKAN

Pihak Kerajaan telah memasukkan duit Bantuan MyKasih SARA untuk bayaran bulan Mac ke dalam akaun Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak seperti perincian berikut :

  • Tarikh Bayaran 🗓️ : 1 Mac 2026 (Ahad).
  • Jumlah Bayaran 💰 : RM50 hingga RM200 (bergantung kelayakan penerima).
  • Platform Bayaran 🪪 : Kad Pengenalan (MyKad).

JADUAL BAYARAN DUIT MYKASIH SARA BULAN MAC 2026

Pembayaran duit Bantuan MyKasih SARA untuk bulan Mac dilaksanakan mengikut jadual seperti di bawah :

TARIKH BAYARANSTATUS BAYARANTARIKH AKHIR
PENGGUNAAN
1 Mac 2026 (Ahad)Telah dibayar ✅31 Disember 2026
(Khamis)

JUMLAH BAYARAN DUIT MYKASIH SARA BULAN MAC 2026

Setiap penerima isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran duit Bantuan MyKasih SARA untuk bulan Mac dengan jumlah sebanyak berikut :

PENERIMA STATUS
MISKIN TEGAR
PENERIMA STATUS
BUKAN MISKIN
ISI RUMAH :
RM200 / Mac
ISI RUMAH :
RM100 / Mac
WARGA EMAS :
RM150 / Mac
WARGA EMAS :
RM50 / Mac
BUJANG :
RM100 / Mac
BUJANG :
RM50 / Mac

PLATFORM BAYARAN DUIT MYKASIH SARA BULAN MAC 2026

Duit Bantuan MyKasih SARA untuk bulan Mac dan bulan-bulan lain disalurkan melalui platform yang sama iaitu :

KATEGORI
PENERIMA
PLATFORM BAYARAN
-Isi Rumah
-Warga Emas
-Bujang
Pembayaran duit Bantuan MyKasih SARa
disalurkan secara tanpa tunai melalui
akaun Kad Pengenalan (MyKad)
penerima yang perlu digunakan untuk
pembelian barang keperluan asas

SIAPA PENERIMA LAYAK TERIMA DUIT MYKASIH SARA BULAN MAC 2026

Penerima yang layak menerima duit Bantuan MyKasih SARA pada bulan Mac adalah seramai 8.1 juta yang terdiri daripada :

  • Isi Rumah : 3.7 juta penerima.
  • Warga Emas : 1.3 juta penerima.
  • Bujang : 3.1 juta penerima.

Untuk mengetahui sama ada anda layak ataupun tidak terima bayaran duit Bantuan MyKasih SARA untuk bulan Mac, ikuti cara semakan status seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Tandakan pada [ ] verify you are human.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan anda sebagai penerima SARA bulan Mac akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment