DUIT BANTUAN DALAM IC 2026 : CEK KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA
Hanya sebahagian sahaja penerima yang layak telah mengetahui status kelayakan dan telah menggunakan duit Bantuan Dalam IC. Sebahagian lagi penerima mungkin tidak mengetahui status kelayakan dan status bayaran duit Bantuan Dalam IC.
Bagaimanakah cara cek kelayakan penerima duit Bantuan Dalam IC? Ikuti panduan lengkap di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN EKASIH 2026 RM200 : AKAN DIBERI KEPADA PENERIMA YANG LEPAS KELAYAKAN
BILANGAN PENERIMA DUIT BANTUAN DALAM IC 2026
Berdasarkan rekod terkini, penerima yang layak menerima duit Bantuan Dalam IC adalah seramai 8.1 juta yang merangkumi kategori berikut :
| KATEGORI | BILANGAN PENERIMA YANG LAYAK |
|---|---|
| Isi Rumah (Miskin, Miskin Tegar & Bukan Miskin) | 3.7 juta penerima |
| Warga Emas (Miskin, Miskin Tegar & Bukan Miskin) | 1.3 juta penerima |
| Bujang (Miskin, Miskin Tegar & Bukan Miskin) | 3.1 juta penerima |
JUMLAH DUIT BANTUAN DALAM IC 2026
Setiap kategori yang layak akan terima duit Bantuan Dalam IC dengan jumlah sebanyak berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
| ISI RUMAH MISKIN & MISKIN TEGAR | ISI RUMAH ASAS BUKAN MISKIN |
|---|---|
| RM200 sebulan x 12 bulan = RM2,400 setahun | RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun |
- KATEGORI WARGA EMAS :
| WARGA EMAS MISKIN & MISKIN TEGAR | WARGA EMAS ASAS BUKAN MISKIN |
|---|---|
| RM150 sebulan x 12 bulan = RM1,800 setahun | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
- KATEGORI BUJANG :
| BUJANG MISKIN & MISKIN TEGAR | BUJANG ASAS BUKAN MISKIN |
|---|---|
| RM100 sebulan x 12 bulan = RM1,200 setahun | RM50 sebulan x 12 bulan = RM600 setahun |
KEGUNAAN DUIT BANTUAN DALAM IC
Namun, setiap penerima perlu mengetahui bahawa duit Bantuan Dalam IC boleh digunakan untuk :
| PENGGUNAAN YANG DIBOLEHKAN ✅ | PENGGUNAAN YANG TIDAK BOLEH❌ |
|---|---|
| Pembelian di premis terpilih MyKasih | Pembelian di premis yang tidak mendaftar MyKasih |
| Beli barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan, produk kebersihan rumah dan barang sekolah | Beli barang eletronik, pakaian, kasut, rokok, makanan haiwan, bayaran tol, pengangkutan awam atau yang tiada dalam senarai barang MyKasih |
| Pembelian secara fizikal di kedai | Pembelian secara atas talian (online) |
| Pembayaran dengan pengesahan IC penerima / keluarga | Pembayaran dengan pengesahan IC milik orang lain (bukan keluarga) |
CARA GUNA DUIT BANTUAN DALAM IC
Bagi yang belum menggunakan duit Bantuan Dalam IC, ikuti cara-cara guna di bawah :
| LANGKAH | CARA GUNA DUIT BANTUAN DALAM IC |
|---|---|
| 1. | Pergi ke premis terpilih seperti : -Kedai Runcit -Pasar Mini -Pasar Raya yang berdaftar dengan MyKasih |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang ada label MyKasih di rak tanda harga |
| 3. | Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima |
| 4. | Juruwang akan kembalikan IC anda dan mula mengimbas barang keperluan yang dipilih |
| 5. | Transaksi bayaran akan disahkan dengan menggunakan IC |
| 6. | Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan baki |
CEK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM IC 2026
Ikuti cara cek kelayakan sebagai penerima Bantuan Dalam IC seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN (LINK) |
|---|---|
| MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
- Sila layari pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor IC anda.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 900229102345.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima Bantuan SARA MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sekiranya anda ingin mengetahui informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA Dalam IC, anda boleh rujuk pihak kerajaan melalui talian, laman dan e-mel rasmi yang tertera seperti di bawah :
Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya menulis artikel berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi informasi, memberi manfaat dan memudahkan carian orang ramai. Segala tajuk dan kata kunci di atas adalah daripada carian pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan juga tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk maklumat-maklumat yang telah kami kongsikan dalam artikel ini.
Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk berkongsi informasi terkini daripada maklumat sahih untuk memudahkan pembaca mendapat info terbaru berkaitan bantuan-bantuan.
Artikel ini adalah dirujuk daripada sumber yang sahih di : https://www.sara.gov.my/.