JUMLAH DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : SEMAK AMAUN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK

JUMLAH DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : SEMAK AMAUN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK

Oleh kerana kerajaan menyalurkan bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tambahan, jumlah duit yang ada dalam myKad bertambah dan setiap penerima memperoleh duit bantuan dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah cara semak jumlah duit bantuan dalam myKad? Ikuti panduan dan baca penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CEK BANTUAN RAMADHAN 2026 : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN

TARIKH PENGKREDITAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Kerajaan mengkreditkan duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam myKad penerima adalah pada tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti berikut :

JENIS KREDITTARIKH PENGKREDITAN
Kredit Setiap Bulan9 – 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Kredit Tambahan
(Sekaligus)
9 Februari 2026

JUMLAH DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Setiap tarikh di atas, jumlah duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam myKad adalah mengikut kategori dan kelayakan penerima berikut :

KATEGORI
&
KELAYAKAN
JUMLAH KREDIT
SETIAP BULAN
JUMLAH KREDIT
TAMBAHAN
(SEKALIGUS)
Isi Rumah –
Miskin Tegar
RM200+ RM100
Warga Emas –
Miskin Tegar
RM150+ RM100
Bujang –
Miskin Tegar
RM100+ RM100
Isi Rumah –
Bukan Miskin
RM100+ RM100
Warga Emas –
Bukan Miskin
RM50+ RM100
Bujang –
Bukan Miskin
RM50+ RM100

CARA SEMAK JUMLAH DUIT BANTUAN DALAM MYKAD

Bagi penerima yang telah menggunakan duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau belum menggunakannya untuk pembelian, boleh membuat semakan untuk tahu berapa jumlah yang ada dalam myKad.

Ikuti panduan lengkap cara semakan online di bawah :

  1. Layari laman rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di sini – https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan Nombor myKad anda.
  5. Klik pada kotak [/] ‘Verify you are human‘.
  6. Tunggu myKad anda disahkan.
  7. Klik pula pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan dan jumlah duit (baki) Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam myKad anda akan dipaparkan.
  9. Selesai.

SENARAI PREMIS BOLEH GUNA DUIT BANTUAN DALAM MYKAD

Lebih 10,000 ribu premis seperti pasar raya, pasar mini dan kedai runcit seluruh Malaysia yang berdaftar serta menerima pembelian dengan bayaran menggunakan myKad. Antaranya ialah termasuk :

KAEDAH GUNA DUIT BANTUAN DALAM MYKAD

Duit Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan dalam myKad boleh digunakan untuk pembelian barang keperluan asas seperti barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan, alatan sekolah, produk kebersihan rumah dan lain-lain barang yang diluluskan.

Ikuti kaedah guna duit dalam myKad untuk beli barang keperluan seperti berikut :

LANGKAHKAEDAH GUNA DUIT BANTUAN
1.Kunjungi salah satu premis yang terpilih
berhampiran anda
2.Pilih barang keperluan yang anda inginkan
*pastikan ada label MyKad pada rak
tanda harga
3.Berikan myKad kepada juruwang untuk
pengesahan penerima
4.Juruwang akan imbas setiap barang
yang dipilih mengikut kategori yang
diluluskan
5.Transaksi bayaran akan disahkan dengan
menggunakan myKad penerima
6.Resit pembelian akan diberikan untuk
rujukan transaksi dan baki bantuan
dalam myKad

PENJELASAN LANJUT

Sekiranya maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini kurang jelas atau anda ingin bertanya berkaitan bantuan di atas dengan lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib melalui laman, e-mel dan talian yang rasmi seperti di bawah :

PENAFIAN

Mengikut kepada penjelasan dalam artikel ini, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci dalam artikel ini adalah ditulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian. Melalui artikel ini, pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pembaca dan kami juga tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Penulisan dalam artikel ini adalah bertujuan untuk berkongsi informasi yang terkini dan maklumat yang sahih untuk memudahkan pembaca laman web ini mendapat info terbaru berkaitan bantuan-bantuan oleh Kerajaan Malaysia.

Artikel ini adalah dirujuk berdasarkan sumber sahih di laman web ini : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment