SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN

Bermula tahun 2026, kelayakan penerima bantuan dalam MyKad (Kad Pengenalan) melalui Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diperluaskan membolehkan semua kategori termasuk Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang turut menerima bantuan ini secara bulanan.

Apakah syarat kelayakan bantuan dalam mykad 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: STR FASA 2 2026 BILA BAYAR : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

JENIS SARASYARAT KELAYAKAN
SARA EKASIHWarganegara Malaysia;

Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR);

Pendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;

Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM); dan

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;
SARA BUKAN EKASIHPenerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026;

Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang

KADAR KELAYAKAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Kadar kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

KATEGORI PENERIMASARA EKASIHSARA BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200 SebulanRM100 Sebulan
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 SebulanRM50 Sebulan
BujangRM100 SebulanRM50 Sebulan

JADUAL PENGKREDITAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan setiap bulan (12 bulan) kepada penerima yang layak mengikut jadual berikut :

JENIS SARAJADUAL BAYARAN
SARA EKASIHJanuari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember
SARA BUKAN EKASIHJanuari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Ogos
September
Oktober
November
Disember

TARIKH AKHIR GUNA DUIT BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Kredit bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam IC boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja sebelum tarikh akhir, dan kredit yang tidak digunakan selepas tarikh akhir akan luput secara automatik seperti berikut :

TARIKH MULA PENGKREDITANTARIKH AKHIR GUNA KREDIT
9 Januari 202631 Disember 2026

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2026

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :

JENIS SEMAKANPAUTAN
Semakan Status Kelayakan SARAhttps://sara.gov.my/
  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
    • Baki (RM) : 200.00
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment