AMAUN BANTUAN STR 2026 – SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK

AMAUN BANTUAN STR 2026 – SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG BAKAL DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK

Jumlah peruntukan sebanyak RM15 billion disalurkan melalui Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) secara berperingkat dan berfasa dan setiap rakyat berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 yang memenuhi syarat kelayakan akan terima amaun yang sepadan dengan kelayakan penerima.

Bagaimanakah cara semak amaun Bantuan STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK EKASIH ONLINE 2026 : BAYARAN RM200 SETIAP BULAN AKAN DISALURKAN KEPADA PENERIMA YANG BERSTATUS LAYAK

AMAUN BANTUAN STR 2026

Penerima dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 bermula sebanyak RM200 hingga RM2,200 mengikut kelayakan seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
AMAUN BANTUAN
STR 2026
BAYARAN FASA
PERTAMA (1)
Isi Rumah B400 anak – RM700
1/2 anak – RM1,200
3/4 anak – RM1,700
>5 anak – RM2,200
RM200
RM300
RM400
RM500
Isi Rumah M400 anak – RM200
1/2 anak – RM450
3/4 anak – RM700
>5 anak – RM950
RM100
RM100
RM150
RM200
Warga EmasRM600RM150
Bujang
*Jumlah amaun bayaran untuk Fasa Kedua (2) hingga Keempat (4) perlu disemak dalam laman web rasmi STR mengikut kelayakan masing-masing.

JADUAL PENYALURAN BANTUAN STR 2026

Penyaluran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dilaksanakan secara berperingkat dan berfasa dari Fasa Pertama (1) hingga Fasa Keempat (4) mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH PENYALURAN
BANTUAN STR
Fasa Pertama (1)20 Januari 2026
dan berperingkat
Fasa Kedua (2)Mac 2026
Fasa Ketiga (3)Ogos 2026
Fasa Keempat (4)November 2026
*Tarikh penyaluran Bantuan STR untuk Fasa Kedua (2) hingga Keempat (4) akan dikemaskini semula mengikut tarikh yang akan diumumkan secara rasmi oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.

CARA BANTUAN STR DISALURKAN 2026

Bagi memudahkan rakyat menerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), Kerajaan menyediakan dua (2) cara penyaluran yang mengikut jenis penerima seperti berikut :

CARA BANTUAN STR
DISALURKAN
JENIS PENERIMA
Disalurkan melalui pengkreditan
terus ke dalam akaun bank
penerima / pasangan
(mengikut nombor akaun
yang didaftarkan semasa
permohonan STR)
– Penerima mempunyai
akaun bank aktif
Disalurkan secara tunai melalui
kaunter mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
yang terdekat dengan penerima
– Penerima tiada akaun
bank aktif
atau
– Penerima Status
‘Gagal Kredit’

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2026

Untuk ketahui berapa amaun Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) yang layak diterima mengikut kelayakan, setiap pemohon boleh membuat semakan kelayakan secara online seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi STR di sini – https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama STR, klik butang [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  4. Kemudian, klik butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  6. Jika kata kunci tersebut betul, klik butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan pengguna yang sah dan betul.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Papan Pemuka STR akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan dan jumlah amaun Bantuan STR yang layak diterima akan dipaparkan.
  12. Selesai.

INFO LANJUT BANTUAN STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.

Leave a Comment