SEMAKAN BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026 : SEMAK SENARAI NAMA PENERIMA YANG LAYAK TERIMA DUIT BANTUAN TUNAI
Terdapat seramai lebih 5 juta individu yang merupakan isi rumah dan warga emas (bujang) yang layak telah disenaraikan layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR untuk Fasa 1 bagi tahun 2026.
Bagaimanakah semakan bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
MEDIUM BAYARAN BANTUAN STR 2026
Medium bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR adalah mengikut jenis penerima seperti berikut :
| MEDIUM BAYARAN | JENIS PENERIMA |
|---|---|
| Pengkreditan terus ke dalam akaun bank melalui sistem IBG Fund Transfer | Penerima mempunyai akaun bank |
| Pembayaran tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) | Penerima tiada akaun bank (termasuk penerima di Sabah, Sarawak & W.P Labuan) |
KADAR BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Kadar bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 bermula sebanyak RM100 hingga RM500 mengikut kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN FASA 1 | KADAR IMPLIKASI (RM) |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | RM200 hingga RM500 (Ikut jumlah tanggungan) | 0.8 billion |
| Isi Rumah M40 | RM100 hingga RM200 (Ikut jumlah tanggungan) | 0.1 billion |
| Warga Emas | RM150 | 0.2 billion |
TARIKH BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Berikut adalah tarikh bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR untuk Fasa 1 :
| MEDIUM PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima | Mulai 20 Januari 2026 (Selasa) dan berperingkat |
SEMAKAN BAYARAN BANTUAN STR FASA 1 2026
Rujuk panduan lengkap cara semak status kelayakan penerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah / STR Fasa 1 seperti di bawah :
- Pautan Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Sila klik pada pautan Laman Web Rasmi STR yang tertera di atas.
- Halaman utama Sumbangan Tunai Rahmah akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Seterusnya, klik butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] untuk sahkan Kata Kunci Keselamatan tersebut.
- Masukkan Kata Laluan pengguna yang sah.
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk ketahui status, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan penerima bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR
Sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), pihak tuan / puan boleh merujuk pihak berwajib melalui :
- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
- Laman Web Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Siaran%20Media/Siaran%20Media%20%E2%80%94%20STR%20Fasa%201%20Tahun%202026%2014012026.pdf.