SEMAKAN MYKASIH 2026 TERKINI : STATUS LULUS ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)

SEMAKAN MYKASIH 2026 TERKINI : STATUS LULUS ATAU TIDAK (RM2400 & RM1200 & RM600)

Status kelulusan permohonan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui portal MyKasih 2026 kini boleh disemak secara dalam talian. Penerima yang layak bakal menerima peruntukan elaun barang dapur tanpa tunai (cashless) bermula dari RM600 hingga RM2,400 setahun mengikut kategori.

Bagi anda yang ingin membuat semakan MyKasih 2026 terkini, berikut disediakan panduan lengkap merangkumi semakan status guna MyKad, tarikh kredit bayaran, serta amaun bantuan yang diterima.

BACA JUGA : CARA SEMAK BAKI BUDI95 – CHECK JUMLAH KUOTA RON95 ONLINE

PLATFORM SEMAKAN MYKASIH 2026

Terdapat dua (2) platform yang disediakan untuk semakan MyKasih, iaitu :

PLATFORM SEMAKANLINK RASMI
Portal MyKasihhttps://mykasih.com.my/
Aplikasi MyKasihhttps://mykasih.com.my/mykasih-app/

SEMAKAN MYKASIH 2026 TERKINI

Ikuti mana-mana cara semakan MyKasih di bawah yang mudah bagi anda :

  • Cara Semakan MyKasih Melalui Portal Rasmi :
    1. Sila klik pada link portal rasmi MyKasih di atas.
    2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
    3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    8. Selesai.
  • Cara Semakan MyKasih Melalui Aplikasi Mudah Alih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
    2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
    3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
      • [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
      • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
    4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
    5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
    6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
    7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    8. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    9. Klik pada butang [Semakan Status].
    10. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    11. Selesai.

PAPARAN STATUS MYKASIH 2026

Jika anda membuat semakan melalui Portal MyKasih atau melalui aplikasi mudah alih MyKasih, dan disahkan anda layak, status kelayakan akan dipaparkan seperti berikut :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)50.00

JADUAL PROGRAM MYKASIH 2026 TERKINI

Program MyKasih untuk tahun 2026 dilaksanakan berperingkat mengikut jadual yang terkini 2026 seperti berikut :

KATEGORI
PENERIMA
TARIKH PROGRAM
DIKREDITKAN
TARIKH PROGRAM
BERAKHIR
Isi Rumah
dan
Warga Emas
9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026
Bujang16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026

KADAR AMAUN BANTUAN MYKASIH 2026

Daripada peruntukan RM15 billion, Kerajaan akan bahagikan kadar amaun Bantuan MyKasih mengikut kategori penerima seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHKADAR AMAUN
Miskin & Miskin TegarRM2,400 setahun
(RM200 x 12 bulan)
Asas Bukan MiskinRM1,200 setahun
(RM100 x 12 bulan)
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASKADAR AMAUN
Miskin & Miskin TegarRM1,800 setahun
(RM150 x 12 bulan)
Asas Bukan MiskinRM600 setahun
(RM50 x 12 bulan)
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGKADAR AMAUN
Miskin & Miskin TegarRM1,200 setahun
(RM100 x 12 bulan)
Asas Bukan MiskinRM600 setahun
(RM50 x 12 bulan)

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH

  1. Bagaimana cara guna elaun MyKasih?
    • Anda hanya perlu membawa MyKad ke pasar raya terpilih (seperti Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave, dll.) dan kemukakan MyKad di kaunter pembayaran untuk barangan asas yang diluluskan.
  2. Adakah perlu membuat permohonan baru untuk MyKasih 2026?
    • Tidak perlu. Kelayakan dipilih secara automatik berdasarkan pangkalan data eKasih dan kelulusan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
  3. Apa perlu buat jika baki MyKasih tidak masuk?
    • Anda boleh menghubungi Talian Bantuan MyKasih di 03-7720 1800 atau semak terus di portal rasmi.

RUJUKAN LANJUT MYKASIH

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment