BAYARAN DUIT STR 2026 MENGIKUT BANK : TARIKH BAYAR & CHECK STATUS KELULUSAN PEMOHON BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 1
Pemohon yang melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan dikemukakan, bayaran duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dimasukkan secara berperingkat ke dalam akaun bank mengikut nombor akaun yang dinyatakan.
Bagaimanakah check status kelulusan dan tarikh bayaran duit str mengikut bank? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JADUAL BULANAN SARA EKASIH 2026 : TARIKH BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD KEPADA PENERIMA YANG LAYAK SETIAP BULAN
BAYARAN DUIT STR 2026 MENGIKUT BANK
Individu yang mempunyai akaun bank akan menerima bayaran duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara berperingkat dari semasa ke semasa mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS BANK | MASA BAYARAN |
|---|---|
| Bank Simpanan Nasional (BSN) | Selepas 6:00 petang |
| Bank Islam | Selepas 8:00 malam |
| Affin Bank | Selepas 8:00 malam |
| Ambank | Selepas 8:00 malam |
| Maybank | Selepas 9:00 malam |
| Cimb Bank | Selepas 9:00 malam |
| RHB Bank | Selepas 9:00 malam |
| Bank Muamalat | Selepas 10:00 malam |
| Lain-lain Bank | Selepas 10:00 malam |
TARIKH BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 akan dilaksanakan tidak lama lagi seperti tarikh yang dinyatakan oleh Perdana Menteri pada baru-baru ini. Berikut merupakan tarikh bayaran Fasa 1 :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional | 20 Januari 2026, Selasa |
| Kredit dalam akaun bank | Mulai 20 Januari 2026, Selasa dan berperingkat |
JUMLAH BAYARAN DUIT STR 2026
Duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar mengikut kategori dan kelayakan setiap penerima. Bayaran untuk Fasa 1 bermula dengan jumlah sebanyak RM50 sehingga sebanyak RM500 (bergantung penerima) seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah merangkumi individu yang berkeluarga (ada / tiada anak) dan ibu / bapa tunggal (ada anak).
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAYARAN STR 2026 | BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | Tiada anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 | RM500 |
| Isi Rumah M40 | Tiada anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM50 RM100 RM150 RM250 |
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang merangkumi individu yang belum berkahwin serta balu, duda dan janda yang tiada anak.
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAYARAN STR 2026 | BAYARAN FASA 1 |
|---|---|---|
| Bujang Umur 60 tahun ke atas | RM600 | RM150 |
| Bujang Umur 21 hingga 59 tahun | – | – |
CHECK STATUS KELULUSAN STR 2026
Oleh kerana bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 tidak lama lagi akan dimasukkan, semua pemohon perlu mengetahui status untuk tahu sama ada layak atau tidak. Ikuti cara semakan yang lengkap di bawah :
- Sila layari Laman Web Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelulusan permohonan Bantuan STR Fasa 1 akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/