TARIKH BAYARAN WANG BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK MENERIMA BAYARAN PADA FASA 1
Bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat B40 dan M40, Kerajaan akan menyalurkan wang Bantuan Tunai STR secara berperingkat (fasa-fasa) pada tarikh yang ditetapkan supaya rakyat dapat menggunakannya untuk pelbagai tujuan.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima & tarikh bayaran wang Bantuan Tunai STR? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
MEDIUM BAYARAN WANG BANTUAN TUNAI STR 2026
Bayaran wang Bantuan Tunai STR akan diberikan melalui dua (2) cabang medium seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
| JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN BANTUAN TUNAI STR |
|---|---|
| Ada Akaun Bank | Dikreditkan secara IBG Fund Transfer terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan |
| Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat |
- Penerima Baharu :
| JENIS PENERIMA | MEDIUM BAYARAN BANTUAN TUNAI STR |
|---|---|
| Ada Akaun Bank | Dikreditkan secara IBG Fund Transfer terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan |
| Tiada Akaun Bank atau Status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat |
AMAUN BAYARAN WANG BANTUAN TUNAI STR 2026
Setiap penerima akan terima wang Bantuan Tunai STR mengikut amaun yang selayaknya seperti berikut :
- Bayaran Untuk Isi Rumah :
- Isi rumah merangkumi yang berkahwin (ada atau tiada anak) dan isi rumah tunggal iaitu balu / duda / janda (ada anak).
| KELAYAKAN ISI RUMAH | AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR |
|---|---|
| Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak – RM700 1 / 2 anak – RM1,200 3 / 4 anak – RM1,700 >5 anak – RM2,200 |
| Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 | Tiada anak – RM200 1 / 2 anak – RM450 3 / 4 anak – RM700 >5 anak – RM950 |
- Bayaran Untuk Bujang :
- Bujang merangkumi yang belum berkahwin atau balu / duda / janda (tiada anak).
| KELAYAKAN BUJANG | AMAUN BAYARAN BANTUAN TUNAI STR |
|---|---|
| Bujang Berumur 21 hingga 59 tahun | – |
| Bujang Berumur 60 tahun & ke atas | RM600 |
TARIKH BAYARAN WANG BANTUAN TUNAI STR 2026
Bayaran wang Bantuan Tunai STR akan dilaksanakan secara berperingkat melalui fasa-fasa berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR |
|---|---|
| Pertama (1) | Januari / Februari 2026 *Dijangka sebelum Tahun Baru Cina |
| Kedua (2) | Mac / April 2026 *Dijangka sebelum / selepas Perayaan Aidilfitri |
| Ketiga (3) | Ogos 2026 *Dijangka sebelum Hari Kebangsaan |
| Keempat (4) | November 2026 *Dijangka sebelum Perayaan Deepavali |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN TUNAI STR 2026
Sila ikuti cara semakan status kelayakan di bawah untuk tahu sama ada layak atau tidak terima Bantuan Tunai STR :
- Layari laman Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.sdfghja
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]