SEMAK BAYARAN BANTUAN MYKASIH – LAYAK ATAU TIDAK
Bantuan MyKasih adalah merupakan sebuah program bulanan yang tetap disalurkan secara automatik ke dalam MyKad penerima-penerima sedia ada dan baharu khas untuk digunakan bagi pembelian barang keperluan asas setiap bulan.
Bagaimanakah semak bayaran Bantuan MyKasih? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : E KASIH SEMAKAN BANTUAN SARA – BAYARAN RM100 & RM150 & RM200
SEMAK BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Isi rumah, warga emas mahupun bujang boleh semak status kelayakan dan status bayaran Bantuan MyKasih untuk tahu sama ada telah dikreditkan atau belum dalam MyKad. Ikuti cara semakan di bawah :
- Sila klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://www.mykasih.com.my/ms/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan maklumat bayaran semasa akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Bermula Januari hingga Disember, Kerajaan melaksanakan bayaran Bantuan MyKasih bertarikh pada :
- 09/01/2026 & 16/01/2026 (Jumaat) ✅
- 01/02/2026 (Ahad) ✅
- 01/03/2026 (Ahad) ✅
- 01/04/2026 (Rabu) ✅
- 01/05/2026 (Jumaat) ✅
- 01/06/2026 (Isnin) 🔜
- 01/07/2026 (Rabu) 🔜
- 01/08/2026 (Sabtu) 🔜
- 01/09/2026 (Selasa) 🔜
- 01/10/2026 (Khamis) 🔜
- 01/11/2026 (Ahad) 🔜
- 01/12/2026 (Selasa) 🔜
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKASIH
Sebulan sekali penerima yang layak seperti isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Bantuan MyKasih dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- KATEGORI ISI RUMAH :
- Isi Rumah Miskin Tegar : RM200 sebulan – RM2,400 setahun
- Isi Rumah Bukan Miskin : RM100 sebulan – RM1,200 setahun
- KATEGORI WARGA EMAS :
- Warga Emas Miskin Tegar : RM150 sebulan – RM1,800 setahun
- Warga Emas Bukan Miskin : RM50 sebulan – RM600 setahun
- KATEGORI BUJANG :
- Bujang Miskin Tegar : RM100 sebulan – RM1,200 setahun
- Bujang Bukan Miskin : RM50 sebulan – RM600 setahun
CARA GUNA BANTUAN MYKASIH
Cara guna Bantuan MyKasih tetap sama untuk setiap bulan, iaitu boleh digunakan untuk beli barang dapur dan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) seperti berikut :
- Kunjungi kedai runcit / pasar mini / pasar raya yang menerima bayaran MyKasih.
- Pilih barangan yang ingin dibeli mengikut label MyKasih di rak tanda harga.
- Pergi ke kaunter yang ada sistem bayaran MyKasih.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima Bantuan MyKasih.
- Juruwang akan mengimbas setiap barangan yang dipilih.
- Bayaran menggunakan MyKad akan disahkan
- Resit akan diberikan untuk rujukan baki dalam MyKad.
TARIKH AKHIR GUNA BANTUAN MYKASIH
Namun, setiap penerima perlu mengetahui bahawa tidak selamanya boleh menggunakan Bantuan MyKasih kerana Kerajaan telah menetapkan tempoh penggunaan adalah selama 12 bulan bermula dari tarikh bayaran sehingga tarikh akhir berikut :
- 31/12/2026 (Khamis).
*Nota : Kegagalan menggunakan Bantuan MyKasih sebelum tarikh akhir di atas, baki yang ada akan ditarik dan diberikan kepada golongan yang memerlukan untuk tahun berikutnya.
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mykasih.com.my/ms/sumbangan-asas-rahmah/.