KADAR BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN BAKAL DITERIMA OLEH PEMOHON BERSTATUS LAYAK SEMASA FASA 1
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 bakal diberikan dengan kadar yang sedikit berbeza dari tahun 2025 kerana kerajaan akan sertakan bersama Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Bagaimanakah cara semak kadar Bantuan STR yang dibayar 2026? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : TARIKH AKHIR BANTUAN SARA 2025 : SEMAK TARIKH TAMAT TEMPOH BOLEH BELI BARANG DAPUR GUNA MYKASIH
KADAR BANTUAN STR YANG DIBAYAR 2026
Berikut adalah kadar Bantuan STR yang akan dibayar untuk tahun 2026 kepada setiap kategori penerima :
- Isi Rumah B40 :
- 0 anak – RM700.
- 1/2 anak – RM1,200.
- 3/4 anak – RM1,700.
- >5 anak – RM2,200.
- Isi Rumah M40 :
- 0 anak – RM200.
- 1/2 anak – RM450.
- 3/4 anak – RM700.
- >5 anak – RM950.
- Warga Emas :
- RM600.
*Untuk penerima Bujang pula, Kerajaan menggantikan kepada Bantuan SARA.
CARA BANTUAN STR YANG DIBAYAR KEPADA PENERIMA 2026
Berikut adalah cara-cara bayaran Bantuan STR kepada penerima yang layak :
- Penerima yang tiada akaun bank serta yang berstatus ‘Gagal Kredit’ akan menerima bayaran Bantuan STR secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
atau
- Penerima yang ada akaun bank akan terima bayaran Bantuan STR secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank melalui ‘IBG Fund Transfer‘.
CEK STATUS PEMOHON BANTUAN STR 2026
Bagi yang telah memohon Bantuan STR, anda boleh cek status permohonan secara online untuk tahu sama ada status telah disahkan layak atau belum. Ikuti cara cek status yang lengkap seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda pada ruangan yang disediakan di halaman : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login .
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan (Semakan Permohonan).
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 akan dibayar bermula pada :
- Fasa Pertama (1) :
- Januari / Februari 2026.
- Fasa Kedua (2) :
- Mac / April 2026.
- Fasa Ketiga (3) :
- Ogos 2026.
- Fasa Keempat (4) :
- November 2026.
*Catatan : Tarikh Bantuan STR di atas akan dikemaskini semula mengikut pengumuman oleh Kementerian Kewangan (MOF) secara rasmi dari semasa ke semasa.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]