BANTUAN MYKASIH SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BULANAN

BANTUAN MYKASIH SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BULANAN

Semakan status kelayakan Bantuan MyKasih dapat menentukan sama ada anda layak atau tidak untuk menerima bayaran bulanan melalui MyKad untuk digunakan bagi memenuhi barangan keperluan asas.

Bagaimanakah semakan status bantuan mykasih? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN MYKASIH ONLINE – SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKASIH

Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
    • Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

PORTAL SEMAKAN BANTUAN MYKASIH

Status kelayakan bantuan MyKasih boleh di semak secara online melalui beberapa kaedah seperti berikut :

PORTALPAUTAN
Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA)https://sara.gov.my/
Portal MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/

TARIKH PENTING BANTUAN MYKASIH

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dikreditkan kepada penerima yang layak seperti berikut :

TARIKH MASUK BAYARANTARIKH LUPUT/AKHIR
9 & 16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
31 Disember 2026

KADAR KELAYAKAN BAYARAN BANTUAN MYKASIH

Kadar bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026, adalah seperti berikut :

  • Penerima Miskin atau Miskin Tegar eKasih :
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANANTOTAL SETAHUN
Isi RumahRM200 Setiap BulanRM2,400
Warga Emas Tanpa PasanganRM150 Setiap BulanRM1,800
BujangRM100 Setiap BulanRM1,200
  • Penerima Bukan eKasih :
KATEGORI PENERIMAAMAUN BULANANTOTAL SETAHUN
Isi RumahRM100 Setiap BulanRM1,200
Warga Emas Tanpa PasanganRM50 Setiap BulanRM600
BujangRM50 Setiap BulanRM600

PANDUAN LENGKAP SEMAKAN BANTUAN MYKASIH

Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2026 boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut :

Semakan di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  9. ⁠Selesai.

Semakan di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Klik semakan status kelayakan SARA;
  11. ⁠Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  12. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026

Leave a Comment