JUMLAH DUIT STR 2026 DIBAYAR : CHECK JUMLAH PEMBAYARAN YANG AKAN DAPAT KEPADA PEMOHON BERSTATUS LAYAK SEMASA FASA 1
Kadar jumlah pembayaran STR 2026 bagi Fasa 1 adalah berbeza mengikut kategori pendapatan dan bilangan tanggungan. Oleh itu, setiap pemohon perlu memastikan maklumat peribadi serta butiran pendapatan dikemas kini bagi mengelakkan sebarang masalah dalam proses pembayaran.
Bagaimanakah cara check jumlah duit STR 2026 dibayar? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
JUMLAH DUIT STR 2026 DIBAYAR
Peruntukan sebanyak RM15 billion akan dibayar kepada anda melalui Bantuan STR dan Bantuan SARA dengan jumlah sebanyak :
- ISI RUMAH B40 (Pendapatan Bawah RM2,500) :
| BILANGAN ANAK | JUMLAH STR | JUMLAH SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM1,200 / RM2,400 |
| 1-2 orang | RM1,200 | RM1,200 / RM2,400 |
| 3-4 orang | RM1,700 | RM1,200 / RM2,400 |
| >5 orang | RM2,200 | RM1,200 / RM2,400 |
- ISI RUMAH M40 (Pendapatan RM2,501 – RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | JUMLAH STR | JUMLAH SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM1,200 |
| 1-2 orang | RM450 | RM1,200 |
| 3-4 orang | RM700 | RM1,200 |
| >5 orang | RM950 | RM1,200 |
- WARGA EMAS TIADA PASANGAN (Pendapatan Bawah RM2,500 – RM5,000) :
| BILANGAN ANAK | JUMLAH STR | JUMLAH SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM600 | RM600 / RM1,800 |
- BUJANG / BALU / DUDA / JANDA (Pendapatan Bawah RM2,500) :
| BILANGAN ANAK | JUMLAH STR | JUMLAH SARA |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM600 / RM1,200 |
TARIKH DUIT STR 2026 DIBAYAR
Duit Bantuan STR untuk tahun 2026 akan dibayar pada :
| PERINGKAT FASA | TARIKH STR DIBAYAR |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari / Februari 2026 |
| Fasa 2 | Mac / April 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | November 2026 |
KAEDAH DUIT STR 2026 DIBAYAR
Ketahui kaedah bagaimana duit Bantuan STR akan dibayar kepada anda :
| JENIS PENERIMA | KAEDAH STR DIBAYAR |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Dikreditkan dalam akaun bank penerima / pasangan secara berperingkat melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’ |
| Penerima tiada akaun bank atau penerima status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar tunai pada kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja |
CHECK JUMLAH DUIT STR IKUT KELAYAKAN 2026
Rujuk cara check status kelayakan dan jumlah duit Bantuan STR yang akan diterima seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan & jumlah Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
Saya Memohon STR 2026