TARIKH DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1

TARIKH DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1

Duit Bantuan STR / Sumbangan Tunai Rahmah akan dibayar pada tarikh-tarikh tertentu yang lazimnya pada musim-musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan sebagainya bagi membantu meringankan bebanan rakyat.

Bagaimanakah cara check status penerima bayaran & tarikh duit Bantuan STR 2026 dibayar? Ikuti info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : EKASIH RM300 2026 : AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN JIKA PEMOHON BERSTATUS LAYAK – SEMAK SEKARANG

KADAR DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR

Berikut adalah kadar duit Bantuan STR yang akan dibayar untuk tahun 2026 kepada setiap kategori :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah berpasangan (ada / tiada anak) atau Isi Rumah tunggal (ada anak).
JUMLAH
TANGGUNGAN
ISI RUMAH B40ISI RUMAH M40
TiadaRM700RM200
1 – 2 orangRM1,200RM450
3 – 4 orangRM1,700RM700
5 orang / lebihRM2,200RM950
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang belum berkahwin / balu / duda / janda (tiada anak).
JUMLAH
TANGGUNGAN
BUJANG UMUR
21 HINGGA 59 TAHUN
BUJANG UMUR
60 TAHUN KE ATAS
TiadaDiganti SARARM600

TARIKH DUIT BANTUAN STR 2026 DIBAYAR

Duit Bantuan STR akan dibayar berperingkat dari Fasa 1, 2, 3 dan Fasa 4 mengikut tarikh tertentu seperti berikut :

  • Fasa 1 – Januari / Februari 2026 (akan dikemaskini).
  • Fasa 2 – Mac / April 2026 (akan dikemaskini).
  • Fasa 3 – Ogos 2026 (akan dikemaskini).
  • Fasa 4 – November 2026 (akan dikemaskini).

CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN STR 2026

Untuk tahu status anda layak atau tidak untuk terima Bantuan STR, ikuti panduan cara check status yang lengkap di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
  13. Selesai.

KAEDAH BANTUAN STR 2026 DIBAYAR

Ada dua (2) kaedah Bantua STR akan dibayar untuk tahun 2026 seperti berikut :

  • Dibayar terus bersemuka di kaunter Bank :
    • Penerima yang tiada akaun bank perlu menuntut duit Bantuan STR secara bersemuka di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat sahaja.
  • Dibayar tanpa bersemuka dikreditkan dalam akaun Bank :
    • Penerima yang ada akaun bank pula perlu menunggu duit Bantuan STR dikreditkan dalam akaun bank masing-masing secara berperingkat.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN STR

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) bagi tahun 2026, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak STR yang berwajib seperti berikut :

Leave a Comment