TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK DAPAT BAYARAN SEMASA FASA 1
Setelah status permohonan disahkan layak, pastinya semua penerima ingin mengetahui bila tarikh bayaran Bantuan Tunai STR bakal dilaksanakan untuk tahun 2026. Namun, tarikh bayaran adalah mengikut pindaan dari semasa ke semasa.
Bilakah tarikh bayaran duit Bantuan Tunai STR? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BTR FASA 1 2026 : CHECK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
NILAI BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026
Selain Bantuan Tunai STR, Kerajaan akan berikan sekali dengan Bantuan SARA dengan nilai yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima supaya rakyat dapat menampung kos sara hidup sepanjang tahun 2026.
Berikut adalah nilai duit Bantuan Tunai STR untuk tahun 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | NILAI BANTUAN STR | NILAI BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 | RM1,200 atau RM2,400 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 | RM1,200 |
| Warga Emas | RM600 | RM1,800 atau RM600 |
| Bujang | Tiada | RM1,200 atau RM600 |
MEDIUM BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026
Namun, duit Bantuan Tunai STR bukan dibayar sekaligu. Ianya akan dibayar secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa dan bayaran Bantuan SARA akan dilaksanakan secara ansur setiap bulan. Kedua-duanya akan dibayar melalui medium yang berbeza seperti berikut :
- Bayaran Bantuan Tunai STR :
- Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau status ‘Gagal Kredit’; atau
- Dikreditkan dalam akaun bank penerima / pasangan bagi yang mempunyai akaun bank yang aktif.
- Bayaran Bantuan SARA :
- Dikreditkan dalam Kad Pengenalan penerima setiap bulan khas untuk digunakan bagi pembelian barang keperluan asas tanpa tunai.
TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026
Bayaran duit Bantuan Tunai STR untuk tahun 2026 adalah secara berfasa-fasa bakal dilaksanakan pada tarikh-tarikh tertentu bagi membantu rakyat dari semasa ke semasa untuk sepanjang tahun 2026.
| FASA-FASA | TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI STR |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari / Februari 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 2 | Mac / April 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 3 | Ogos 2026 (akan dikemaskini) |
| Fasa 4 | November 2026 (akan dikemaskini) |
CHECK STATUS PENERIMA BANTUAN TUNAI STR 2026
Sekiranya pihak tuan / puan telah kemukan permohonan baharu atau telah mengemaskini permohonan kini boleh check status untuk mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan Tunai STR mengikut panduan berikut :
- Layari laman web rasmi Bantuan Tunai STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Halaman utama Bantuan Tunai STR akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’ pada ruang tersebut.
- Klik pada butang [Semak].
- Untuk pengesahan, nama tuan / puan akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan].
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan pengguna yang tepat.
- Klik pula pada butang [Log Masuk].
- Status kelayakan penerima Bantuan Tunai STR akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang Bantuan Tunai STR yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini.
Untuk pertanyaan bagi mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Tunai STR, pihak tuan / puan boleh rujuk :
- Hadir ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN); atau
- Hubungi Talian Rasmi STR :
- Bahagian HASiL : 1800 88 2747
- Bahagian MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-melkan ke [email protected]