JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PEMOHON YANG LAYAK FASA 1

Tidak semua penerima akan terima Bantuan Tunai Rahmah (STR) dengan jumlah yang sama kerana ianya akan dibayar berdasarkan kategori dan kelayakan penerima seperti status perkahwinan, kadar pendapatan, jumlah anak dan sebagainya.

Bagaimanakah semak jumlah Bantuan Tunai Rahmah STR dibayar kepada pemohon yang layak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN PEMBELIAN BARANG DAPUR 2026 : PEMOHON YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN SETIAP BULAN UNTUK BELI BARANGAN DAPUR YANG DILULUSKAN (RM2400 & RM1200 & RM600) – SEMAK STATUS & DAFTAR SEGERA

JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH STR DIBAYAR 2026

Berikut merupakan jumlah Bantuan Tunai Rahmah (STR) yang akan dibayar untuk tahun 2026 :

  • Isi Rumah Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
    • Tiada anak : RM700.
    • 1 – 2 anak : RM1,200.
    • 3 – 4 anak : RM1,700.
    • 5 anak / ke atas : RM2,200.
  • Isi Rumah Pendapatan RM2,501 – RM5,000 (M40) :
    • Tiada anak : RM200.
    • 1 – 2 anak : RM450.
    • 3 – 4 anak : RM700.
    • 5 anak / ke atas : RM950.
  • Warga Emas (Tiada Padangan) Pendapatan (B40 & M40) :
    • Tiada anak tepati syarat : RM600.
  • Bujang / Balu / Duda / Janda Pendapatan Bawah RM2,500 (B40) :
    • Diganti bayaran SARA.

CARA BANTUAN TUNAI RAHMAH STR DIBAYAR 2026

Bantuan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026 akan dibayar melalui dua (2) cara berikut :

  • Dibayar secara tunai bersemuka di kaunter Bank :
    • Bantuan Tunai Rahmah (STR) akan dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi penerima yang tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan.
  • Dibayar secara pengkreditan dalam akaun Bank tanpa bersemuka :
    • Bantuan Tunai Rahmah (STR) akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima atau akaun bank pasangan bagi penerima yang melengkapkan maklumat akaun bank semasa permohonan.

TARIKH BANTUAN TUNAI RAHMAH STR DIBAYAR 2026

Berikut adalah tarikh jangkaan Bantuan Tunai Rahmah (STR) yang akan dibayar untuk tahun 2026 :

  • Fasa Pertama (1) : Januari / Februari 2026.
    • Dijangka dibayar sebelum Tahun Baru Cina.
  • Fasa Kedua (2) : Mac / April 2026.
    • Dijangka dibayar sebelum Hari Raya Aidilfitri.
  • Fasa Ketiga (3) : Ogos 2026.
    • Dijangka dibayar sebelum Hari Kebangsaan.
  • Fasa Keempat (4) : November 2026.
    • Dijangka dibayar sebelum Perayaan Deepavali.

*Tarikh bayaran di atas akan dikemaskini semula apabila diumumkan secara rasmi nanti.

SEMAK JUMLAH BANTUAN TUNAI RAHMAH STR MENGIKUT KELAYAKAN 2026

Untuk mengetahui berapa jumlah Bantuan Tunai Rahmah (STR) yang anda akan terima, ikuti cara semakan kelayakan dan jumlah bantuan sepert berikut :

  1. Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
  4. Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
  5. Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
  6. [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
  7. Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
  8. Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
  9. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  10. Dasboard pemohon akan dipaparkan.
  11. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  12. Jumlah bayaran Bantuan Tunai Rahmah STR akan dipaparkan berdasarkan kelayakan permohonan.
  13. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment