TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN MYSTR 2026 : SEMAKAN KELULUSAN PEMOHON YANG LAYAK TERIMA BAYARAN PADA FASA 1

TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN MYSTR 2026 : SEMAKAN KELULUSAN PEMOHON YANG LAYAK TERIMA BAYARAN PADA FASA 1

Individu yang memohon serta memenuhi syarat-syarat kelayakan pastinya akan lulus permohonan dan layak untuk menerima duit bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berperingkat mengikut fasa yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan kelulusan pemohon dan bila tarikh bayaran duit Bantuan MySTR? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYKASIH 2026 CHECK STATUS : (BAYARAN FASA 1) SEMAK LAYAK ATAU TIDAK

CARA BAYARAN DUIT BANTUAN MYSTR 2026

Untuk memudahkan pemohon yang layak menerima duit bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Kerajaan menyediakan dua (2) cara bayaran yang mudah seperti berikut :

PENERIMA ADA AKAUN BANKPENERIMA TIADA AKAUN BANK
Dikreditkan secara berperingkat
kerana menggunakan sistem
bayaran ‘Internet Banking
terus akaun bank penerima
Dibayar secara terus kepada
penerima melalui bayaran
tunai di kaunter Bank
Simpanan Nasional (BSN)

TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN MYSTR 2026

Pembayaran duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dilaksanakan secara berperingkat dari Fasa Satu (1) hingga ke Fasa Empat (4) mengikut tarikh dalam jadual seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa Satu (1)Januari / Februari 2026
(Mungkin sebelum Perayaan
Tahun Baru Cina)
Fasa Dua (2)Mac / April 2026
(Mungkin sebelum / selepas
Perayaan Aidilfitri)
Fasa Tiga (3)Ogos 2026
(Mungkin sebelum sambutan
Hari Kebangsaan Ke-69)
Fasa Empat (4)November 2026
(Mungkin sebelum Perayaan
Hari Deepavali)
*Bagaimanapun, jadual di atas akan dikemaskini semula berdasarkan maklumat rasmi dari Kementerian Kewangan (MOF) yang akan dikeluarkan dari semasa ke semasa.

JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN MYSTR 2026

Pastinya pihak Kerajaan akan membayar duit Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut kelayakan penerima berdasarkan kadar pendapatan dan bilangan anak seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah (B40 / M40)
    • Isi Rumah adalah merujuk kepada individu yang berkahwin (ada atau tiada anak) dan individu yang merupakan ibu / bapa tunggal (mempunyai anak).
BIL. ANAKISI RUMAH B40ISI RUMAH M40
Tiada AnakRM700RM200
1 – 2 AnakRM1,200RM450
3 – 4 AnakRM1,700RM700
5 Anak Ke AtasRM2,200RM950
  • Kategori Bujang (Belia / Warga Emas)
    • Bujang adalah merujuk kepada individu yang belum berkahwin atau balu (kematian pasangan) atau duda / janda (bercerai) serta tiada anak.
BIL. ANAKBUJANG UMUR
21 HINGGA 59 TAHUN
BUJANG UMUR
60 TAHUN & KE ATAS
TiadaDiganti Bayaran SARARM600

SEMAKAN KELULUSAN PEMOHON BANTUAN MYSTR 2026

Status kelulusan permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh disemak melalui Portal Rasmi MySTR 2026 dengan melayari pautan yang tertera di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
MySTR 2026https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi MySTR di atas.
  2. Bahagian utama Portal Rasmi MySTR akan dipaparkan.
  3. Untuk semakan, pemohon perlu klik [Log Masuk].
  4. Masukkan No. Kad Pengenalan pemohon.
    • Tanpa Sengkang (-) dan Tanpa <Jarak>. Contoh : 950230112345.
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Nama pemohon akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
  7. Klik butang [Ya] jika betul.
  8. Masukkan Kata Laluan pengguna dengan betul.
  9. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  10. Bahagian Papan Pemuka akan dipaparkan.
  11. Untuk tahu status kelulusan permohonan, klik [Semakan Permohonan].
  12. Status kelulusan permohonan akan dipaparkan seperti :
    • Permohonan Dalam Proses; atau
    • Permohonan Diterima; atau
    • Lulus; atau
    • Tidak Lulus.
  13. Selesai.

INFO LANJUT MYSTR

Informasi dalam artikel ini berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MySTR. Untuk info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk tahun 2026, sila rujuk pihak berwajib melalui :

Leave a Comment