BANTUAN RM100 MYKAD 2026 (PERMOHONAN , SEMAKAN ONLINE)
Penerima Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima bantuan bulanan secara tanpa tunai melalui MyKad dengan amaun yang diberikan mengikut kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan rm100 mykad 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR FASA 1 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
APA ITU BANTUAN MYKAD?
Bantuan MyKad ialah inisiatif kerajaan secara tanpa tunai melalui MyKad yang dilaksanakan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA), kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana (B40 dan M40) untuk mengurangkan beban kos sara hidup dan memenuhi keperluan asas harian penerima.
Bantuan MyKad dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan di bawah Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA);
- Bantuan dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima untuk setiap bulan bagi tempoh 12 bulan;
- Kredit bantuan boleh dibelanjakan untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang mempunyai label MyKasih/SARA, di kedai berdaftar dengan pembayaran menggunakan MyKad.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2026
Syarat Kelayakan MyKad (SARA) 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- SARA eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK);
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- SARA STR;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
JUMLAH KELAYAKAN BANTUAN MYKAD 2026
Amaun Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan dikreditkan kepada penerima seperti berikut :
- SARA EKASIH (STR & EKASIH)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember) | RM2,400 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,800 |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,200 |
- SARA STR (STR SAHAJA)
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BULANAN | TOTAL KELAYAKAN SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM100 Sebulan (Januari – Disember) | RM1,200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM50 Sebulan (Januari – Disember) | RM600 |
| Bujang | RM50 Sebulan (Januari – Disember) | RM600 |
PERMOHONAN BANTUAN RM100 MYKAD 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak memerlukan sebarang permohonan, di mana kelayakan adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR), dan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih.
Untuk menerima bantuan MyKad Sumbangan Asas Rahmah (SARA), anda hanya perlu membuat permohonan seperti :
- Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – untuk permohonan baharu dan sekiranya belum pernah menerima STR; dan
- Pendaftaran Sistem eKasih sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar – sekiranya pendapatan kurang daripada Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
PERMOHONAN BANTUAN STR 2026
Panduan lengkap permohonan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
PENDAFTARAN EKASIH
Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS BANTUAN MYKAD SECARA ONLINE
Sekiranya anda telah layak menerima saya dan berdaftar dalam Sistem eKasih, kelayakan penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 kini boleh di semak.
Status kelayakan penerima boleh di semak secara online melalui kaedah seperti berikut:
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : Januari 2026
- Tarikh Program Berakhir : Disember 2026
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kelayakan & kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia untuk memudahkan carian pengguna.
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]