KADAR BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK SEGERA JUMLAH BAYARAN BANTUAN YANG DIKREDIT MASUK KEPADA PEMOHON YANG LULUS FASA 3
Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan memasuki sesi 2026 dan pembayaran akan dilaksanakan secara empat (4) fasa dengan kadar yang diberikan mengikut kelayakan penerima.
Berapakah kadar bantuan str dibayar 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN STR
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas (Tiada Pasangan)
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR BANTUAN STR DIBAYAR
Jumlah Kelayakan Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) FASA 3 2026 adalah seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN FASA 3 |
|---|---|
| Isi Rumah Berpendapatan RM2,500 ke bawah | Tiada (0) Anak : RM200 Anak 1 hingga 2 : RM300 Anak 3 hingga 4 : RM450 Anak 5 dan Ke atas : RM600 |
| Isi Rumah Berpendapatan RM2,501 hingga RM5,000 | Tiada (0) Anak : RM0 Anak 1 hingga 2 : RM150 Anak 3 hingga 4 : RM200 Anak 5 dan Ke atas : RM250 |
| Warga Emas (Tiada Pasangan) | RM150 |
| Bujang | Bayaran digantikan Bantuan SARA : RM50 Setiap Bulan (Total RM600 setahun) |
KADAR TAMBAHAN BANTUAN STR 2026
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bakal menerima Bantuan Tambahan secara bulanan yang dilaksanakan di bawah Program SARA, dengan amaun yang diberikan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | STR PENERIMA EKASIH | PENRIMA STR BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan (Januari – Disember 2026) | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM150 Sebulan (Januari – Disember 2026) | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
| Bujang | RM100 Sebulan (Januari – Disember 2026) | RM50 Sebulan (Januari – Disember 2026) |
Bantuan tambahan STR melalui Program SARA akan dikreditkan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) untuk dibelanjakan oleh penerima bagi mendapatkan barangan asas.
TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, 2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/str2026
STR 2026