JUMLAH BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK KADAR PEMBAYARAN YANG DIPEROLEH JIKA ANDA LAYAK
Kerajaan telah menetapkan jumlah bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara adil dengan mengikut kategori dan kelayakan setiap penerima seperti ‘isi rumah’ dan ‘bujang’ berdasarkan bilangan tanggungan penerima.
Bagaimanakah cara semak jumlah Bantuan STR dibayar? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : CEK BANTUAN MYKASIH ONLINE : CHECK STATUS SARA & TARIKH BAYARAN
KAEDAH BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Penerima yang ada akaun bank atau penerima yang tiada akaun bank akan terima bayaran Bantuan STR melalui dua (2) kaedah yang berbeza seperti berikut :
| KELAYAKAN PENERIMA | KAEDAH BAYARAN BANTUAN STR |
|---|---|
| Penerima Ada Akaun Bank | Dibayar terus menerusi akaun bank penerima atau akaun bank pasangan melalui sistem online banking |
| Penerima Tiada Akaun Bank | Dibayar secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di mana-mana pusat pemberian seperti di sekolah yang terpilih |
JUMLAH BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Setiap kategori penerima isi rumah dan bujang akan terima Bantuan STR dengan jumlah bermula RM200 hingga RM2,200 (bergantung bilangan anak) seperti berikut :
- KATEGORI PENERIMA ISI RUMAH :
- Isi Rumah berkahwin (ada / tiada anak) atau Isi Rumah tunggal (ada anak).
| BIL. ANAK | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM200 |
| 1 / 2 orang | RM1,200 | RM450 |
| 3 / 4 orang | RM1,700 | RM700 |
| >5 orang | RM2,200 | RM950 |
- KATEGORI PENERIMA BUJANG :
- Bujang / balu / duda / janda.
| BIL. ANAK | BUJANG UMUR 21 – 59 TAHUN | BUJANG UMUR ATAS 60 TAHUN |
|---|---|---|
| Tiada anak yang tepati syarat sebagai tanggungan | – | RM600 |
TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR 2026
Bantuan STR akan dibayar secara ansur-ansur dari Fasa 1, 2, 3 hingga 4 mengikut tarikh-tarikh tertentu seperti jadual di bawah :
| PERINGKAT FASA | TARIKH | JANGKAAN |
|---|---|---|
| Fasa 1 | 20 – 28 Januari 2026 | Sebelum Tahun Baru Cina |
| Fasa 2 | 10 – 30 Mac 2026 | Sebelum / Selepas Hari Raya Aidilfitri |
| Fasa 3 | Ogos 2026 | Sebelum Hari Kebangsaan |
| Fasa 4 | Oktober / November 2026 | Sebelum Deepavali |
SEMAK JUMLAH BANTUAN STR YANG DIPEROLEH 2026
Untuk tahu berapa jumlah Bantuan STR yang tepat akan anda peroleh untuk tahun 2026 berdasarkan kelayakan anda, sila buat semakan lanjut di Portal Rasmi STR seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan & jumlah Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/FAQ.