BORANG PENDAFTARAN MYKASIH 2026 (RM600 & RM1200 & RM2400 BANTUAN SARA RAHMAH)

BORANG PENDAFTARAN MYKASIH 2026 (RM600 & RM1200 & RM2400 BANTUAN SARA RAHMAH)

Program MyKasih yang mengendalikan pemberian Bantuan SARA Rahmah akan dilaksanakan lagi untuk tahun 2026 bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup untuk tahun 2026.

Bagaimanakah cara isi borang pendaftaran MyKasih? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BILAKAH TARIKH BAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LULUS ATAU TIDAK UNTUK DAPAT PEMBAYARAN FASA 1

CARA KREDIT BANTUAN MYKASIH 2026

Bantuan MyKasih bakal dikreditkan secara tanpa tunai (cashless) terus ke dalam Kad Pengenalan diri penerima pada setiap bulan dan one-off (sekaligus). Setiap penerima yang layak boleh menggunakan kredit tersebut untuk beli barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless) guna Kad Pengenalan diri.

KADAR KREDIT BANTUAN MYKASIH 2026

Kadar Bantuan MyKasih akan dikreditkan setiap bulan dan one-off bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima miskin atau asas seperti berikut :

  • Penerimaan Kredit Bantuan MyKasih Setiap Bulan :
KATEGORIKADAR KREDIT
PENERIMA MISKIN
KADAR KREDIT
PENERIMA ASAS
ISI RUMAHRM200 sebulan
sehingga
RM2,400 setahun
RM100 sebulan
sehingga
RM1,200 setahun
WARGA EMASRM150 sebulan
sehingga
RM1,800 setahun
RM50 sebulan
sehingga
RM600 setahun
BUJANGRM100 sebulan
sehingga
RM1,200 setahun
RM50 sebulan
sehingga
RM600 setahun
  • Penerimaan Kredit Bantuan MyKasih One-Off :
KATEGORIKADAR KREDIT
SEMUA RAKYAT DEWASA
ISI RUMAHRM100 One-off
WARGA EMASRM100 One-off
BUJANGRM100 One-off

SYARAT PENDAFTARAN MYKASIH 2026

  • Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih setiap bulan :
    • Warganegara Malaysia;
    • Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
    • Pendapatan bawah garis kemiskinan serta daftar eKasih (penerima Miskin); atau
    • Pendapatan bermula RM2,500 hingga RM5,000 sebulan (penerima Asas);
    • Lulus permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
  • Syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan MyKasih one-off :
    • Warganegara Malaysia;
    • Kategori : Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang;
    • Tiada had pendapatan;
    • Terbuka kepada semua rakyat dewasa Malaysia.

BORANG PENDAFTARAN MYKASIH 2026

MyKasih tidak mengeluarkan mana-mana borang perdaftaran permohonan. Namun, untuk mendapatkan Bantuan MyKasih, anda perlu mengisi borang permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja.

Setelah mengisi borang tersebut, anda perlu sertakan beberapa dokumen sokongan dan hantar ke LHDN yang terdekat.

CARA ISI BORANG PENDAFTARAN MYKASIH 2026

Namun begitu, pendaftaran permohonan boleh dilakukan dengan mudah secara online (atas talian) mengikut panduan lengkap cara isi borang di bawah :

  1. Sila klik pada pautan laman web STR rasmi di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Pada halaman utama, terus klik butang [Permohonan Baharu].
  3. Untuk teruskan permohonan tanpa guna MyDigital ID, klik butang [Ya, Teruskan].
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  5. Kemudian, sila klik pada butang [Semak].
  6. Maklumat diri akan dipaparkan secara automatik seperti ‘Nama Penuh’, ‘Umur’ dan ‘Jantina’.
    • Ianya dipaparkan berdasarkan data daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan jika data tidak wujud, sila hadir ke LHDN terdekat.
  7. Pilih status perkahwinan anda :
    • Bujang – bagi yang belum berkahwin.
    • Kahwin – bagi yang mempunyai pasangan.
      • Bagi yang berkahwin, sila isi [Tarikh Nikah] dan muat naik [Sijil Nikah].
    • Balu – bagi yang kematian pasangan.
      • Bagi yang kematian pasangan, sila isi [Tarikh Kematian] dan muat naik [Sijil Kematian].
    • Duda / Janda – bagi yang bercerai.
      • Bagi yang bercerai, sila isi [Tarikh Penceraian] dan muat naik [Surat Cerai].
  8. Masukkan maklumat akaun bank anda yang masih aktif untuk penerimaan bantuan.
    • Pastikan nombor akaun yang betul dan atas nama sendiri.
  9. Seterusnya, klik pada butang [Teruskan] untuk ke halaman berikutnya.
  10. Lengkapkan [Maklumat Pasangan] bagi yang mempunyai pasangan.
  11. Masukkan [Maklumat Anak] yang mempunyai anak kandung / anak angkat.
  12. Lengkapkan [Maklumat Waris] mengikut jenis hubungan dengan anda.
  13. Bagi pengesahan, anda perlu mengisi [Kod Captcha] mengikut nilai yang diberikan.
  14. Kemudian, klik butang [Hantar] untuk meneruskan permohonan.
  15. Jika permohonan telah berjaya dihantar, anda akan dipaparkan dengan :
    • “Permohonan Telah Berjaya Dihantar, Terima Kasih”.
  16. Selesai.

JADUAL KREDIT BANTUAN MYKASIH 2026

Bantuan MyKasih akan dikreditkan mengikut jadual seperti berikut :

CARA PENERIMAANTARIKH KREDIT
Penerimaan Setiap BulanJanuari 2026
Februari 2026
Mac 2026
April 2026
Mei 2026
Jun 2026
Julai 2026
Ogos 2026
September 2026
Oktober 2026
November 2026
Disember 2026
Penerimaan One-OffFebruari 2026

MAKLUMAT LANJUT MYKASIH

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment