SEMAKAN PELATIH PLKN 2026 : KELAYAKAN SIRI 2/2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 diteruskan pada tahun 2026 dengan pendekatan baharu yang memberi penekanan kepada pembinaan jati diri, disiplin dan semangat patriotisme dalam kalangan belia. Bagi pengambilan Siri 2/2026, Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) telah membuka semakan pelatih secara dalam talian melalui sistem ePLKN 3.0 bermula 20 Februari 2026, melibatkan warganegara Malaysia kelahiran tahun 2008 yang dipilih secara sistematik.
Pelatih yang terpilih dijadualkan menjalani latihan sekitar April hingga Jun 2026 selama 45 hari, merangkumi modul kenegaraan, fizikal dan pembangunan karakter. Justeru, individu yang layak serta ibu bapa disarankan untuk membuat semakan status dengan segera bagi mengetahui kelayakan dan mengesahkan penyertaan dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan pelatih PLKN 2026? Rujuk panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : LHDN SEMAK STATUS STR : FASA 2 2026
PENGENALAN PLKN 2026
PLKN atau dikenali Program Latihan Khidmat Negara yang merupakan sebuah program latihan asas ketenteraan merangkumi modul fizikal, khidmat komuniti, pembinaan karakter dan kenegaraan yang melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, aktiviti kawad kaki dan pengenalan kepada senjata api.
Selain itu, Elemen Kenegaraan / Pembentukan Watak akan melibatkan sejarah negara, kedaulatan dan maruah negara, struktur dan sistem dunia, isu-isu Malaysia dan isu antarabangsa, ancaman keselamatan, ketahanan nasional dan sebagainya.
Disamping itu juga, Elemen Khidmat Masyarakat akan melibatkan aktiviti kecerian di pusat latihan, khidmat komuniti, pengalaman di agensi awam, kempen kitar semula, gotong royong, projek masyarakat desa, pemahaman sosial tempatan, taklimat kesihatan dan sebagainya.
PERMULAAN PROGRAM PLKN
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) mula diperkenalkan sejak tahun 2003 dan setiap tahun memilih Warganegara Malaysia berumur 18 tahun untuk menjalani latihan selama tiga (3) bulan di Pusat Latihan PLKN di serata negara.
Namun begitu, program ini dihentikan pada tahun 2015, kemudian diteruskan semula pada tahun 2016 sebagai PLKN siri 2.0 dan seterusnya dimansuhkan pula pada tahun 2018 kerana menelan banyak kos. Kini, kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi pada tahun 2025.
PELAKSANAAN PLKN 3.0 SIRI 2 2026
Bagi PLKN 3.0 Siri 2/2026, pelaksanaan latihan dijalankan di kem Askar Wataniah (AW) di bawah kendalian Angkatan Tentera Malaysia. Berdasarkan laporan terkini, latihan bagi siri ini akan berlangsung di dua lokasi utama, iaitu:
| TARIKH PELAKSANAAN | TEMPOH LATIHAN | PENEMPATAN |
|---|---|---|
| 25 April 2026 hingga 03 Jun 2026 | 45 hari | Kem Askar Wataniah (AW) Rejimen 515, Kuala Lumpur |
| 25 April 2026 hingga 03 Jun 2026 | 45 hari | Kem Askar Wataniah (AW) Rejimen 505, Pekan Pahang |
TARIKH SEMAKAN PELATIH PLKN 2026
Kira-kira 24% individu yang merupakan kelahiran tahun 2008 yang terpilih sebagai pelatih untuk menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) boleh menyemak kelayakan pada tarikh dan masa yang ditetapkan seperti berikut :
- Tarikh : 20 Februari 2026 (Jumaat).
- Masa : Bermula Jam 5:00 petang.
SEMAKAN PELATIH PLKN 2026
- Sila layari pautan laman web semakan rasmi PLKN di sini : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form.
- Masukkan ‘Nombor Kad Pengenalan’ pada ruang yang disediakan.
- Klik pada kotak pengesahan [Captcha].
- Kemudian, klik pada butang [SEMAK] di bawah.
- Status kelayakan sebagai pelatih PLKN siri 2 2026 akan dipaparkan.
- Jika terpilih anda perlu membuat pengesahan kehadiran sebelum 28 Februari 2026.
- Klik butang [DAFTAR] untuk membuat pengesahan kehadiran dalam sistem ePLKN.
- Selesai.
PELATIH PLKN SIMPANAN 2026
Pelatih PLKN Simpanan adalah merupakan senarai menunggu yang telah dimaklumkan awal ke peringkat sekolah. Kepada yang terpilih dalam kategori ini perlu membuat semakan semula pada tarikh yang ditetapkan. Jika tidak terpilih Siri 2/2026, sila semak semula siri akan datang (Siri 3 & 4/2026) selewatnya tiga minggu selepas pengumuman rasmi oleh JLKN atau sebelum siri latihan berikutnya bermula. Perlu diketahui juga bahawa tempoh sebagai pelatih simpanan adalah selama satu (1) tahun.
Bagi Tahun 2026, PLKN 3.0 dilaksanakan sebanyak 4 siri latihan seperti ketetapan berikut:
- Siri 1/2026 : 17 Januari 2026 hingga 2 Mac 2026.
- Siri 2/2026 : 25 April 2026 hingga 8 Jun 2026.
- Siri 3/2026 : 11 Julai 2026 hingga 24 Ogos 2026.
- Siri 4/2026 : 3 Oktober 2026 hingga 16 November 2026.
MAKLUMAT LANJUT PLKN
Segala maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah dirujuk sepenuhnya daripada Laman Web Rasmi JLKN. Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) untuk siri ini dan siri selanjutnya, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian Unit Pelatih, Sektor Latihan, JLKN: 03-4013 (Sambungan: 3612/3613/3614/3604/3603/3626)
- Laman Web Rasmi JLKN : https://jlkn.mod.my/.