TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN FASA 1
Tidak lama lagi, masuk tahun baru 2026 dan tentunya bayaran Bantuan STR / Sumbangan Tunai Rahmah untuk Fasa pertama (1) dilaksanakan pada awal tahun untuk membantu penerima-penerima membuat persiapan menyambut tahun baru dan sebagainya.
Bilakah tarikh bayaran duit Bantuan STR? Semak maklumat bayaran dan ikuti cara semakan status kelayakan online di bawah.
BACA JUGA : ADAKAH ANDA AKAN HILANG KELAYAKAN BUDI95 JIKA TIDAK BAYAR SAMAN : INFO TERBARU
JUMLAH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026
Kerajaan akan menyalurkan bayaran duit Bantuan STR untuk tahun 2026 sepadan dengan kelayakan setiap kategori penerima.
Berikut merupakan jumlah bayaran untuk tahun 2026 :
- Isi Rumah B40 :
- Tiada anak : RM700.
- 1 hingga 2 anak : RM1,200.
- 3 hingga 4 anak : RM1,700.
- 5 atau lebih anak : RM2,200.
- Isi Rumah M40 :
- Tiada anak : RM200.
- 1 hingga 2 anak : RM450.
- 3 hingga 4 anak : RM700.
- 5 atau lebih anak : RM950.
- Warga Emas :
- RM600.
- Bujang :
- Tiada (ganti SARA sahaja).
TARIKH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026
Kebiasaannya bayaran duit Bantuan STR Kerajaan laksanakan sebelum perayaan-perayaan besar yang disambut di Malaysia.
Berikut merupakan anggaran tarikh bayaran untuk tahun 2026 :
- Fasa 1 : Februari 2026 (Mungkin sebelum perayaan Tahun Baru Cina).
- Fasa 2 : Mac / April 2026 (Mungkin sebelum atau selepas perayaan Aidilfitri).
- Fasa 3 : Ogos 2026 (Mungkin sebelum sambutan Hari Kebangsaan).
- Fasa 4 : November 2026 (Mungkin sebelum perayaan Hari Deepavali).
*Namun, tarikh-tarikh di atas akan dikemaskini semula berdasarkan tarikh yang akan diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MOF) dari semasa ke semasa.
KAEDAH BAYARAN DUIT BANTUAN STR 2026
Dua (2) sahaja kaedah duit Bantuan STR dibayar kepada penerima-penerima yang layak supaya semua penerima dapat menerima bayaran dengan mudah.
Berikut adalah dua (2) kaedah bayaran duit Bantuan STR :
- (Kaedah Bayaran 1) : Bayaran Secara Tunai Bersemuka :
- Bayaran secara tunai bersemuka adalah bermaksud Bantuan STR akan dibayar tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau di mana-mana pusat pemberian yang bersesuaian kepada penerima yang tiada akaun bank dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak.
- (Kaedah Bayaran 2) : Bayaran Secara Pengkreditan Tunai Tanpa Bersemuka :
- Bayaran secara pengkreditan tunai tanpa bersemuka adalah bermaksud Bantuan STR akan dibayar melalui pengkreditan online banking terus ke dalam akaun bank penerima yang mempunyai maklumat akaun bank yang aktif.
CARA SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN STR 2026
Individu yang telah memohon Bantuan STR boleh menyemak status kelayakan adakah layak atau tidak sebagai penerima Bantuan STR untuk tahun 2026.
Rujuk panduan lengkap cara semak status kelayakan Bantuan STR di bawah :
- Sila pergi ke Portal Rasmi STR 2026 di pautan ini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke ‘Dashboard Pemohon’.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘No. Kad Pengenalan’ pemohon.
- Seterusnya, klik butang [Semak] untuk pengesahan.
- [Kata Kunci Keselamatan] akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Isikan ruangan kosong dengan ‘Kata Laluan’ pengguna yang baharu.
- Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
- Dasboard pemohon akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan Bantuan STR akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) BANTUAN STR
- Berapakah peruntukan Bantuan STR untuk tahun 2026?
- Dalam sejarah pemberian bantuan tunai, peruntukan untuk tahun 2026 adalah yang tertinggi iaitu sebanyak RM15 billion.
- Berapa ramaikah rakyat yang akan terima bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026?
- Kerajaan menyasarkan Bantuan STR kepada seramai 9 juta rakyat B40 dan M40.
- Adakah semua penerima Bantuan STR akan turut menerima Bantuan SARA?
- Ya, semua penerima Bantuan STR akan secara automatik terima Bantuan SARA.
- Adakah permohonan Bantuan STR untuk penerimaan Fasa 1 masih dibuka?
- Permohonan Bantuan STR dibuka sepanjang tahun. Namun untuk penerimaan bayaran Fasa 1, hanya pemohon yang berjaya memohon sebelum 28 November 2025 sahaja diambil kira.
- Bilakah tarikh bayaran Bantuan STR Fasa 1 2026?
- Bayaran Bantuan STR Fasa 1 dijangka akan dibayar sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan bulan Ramadan. Namun, pihak Kementerian Kewangan akan memaklumkan kembali.
INFO LANJUT BANTUAN STR
Informasi yang kami kongsikan dalam artikel ini berkaitan ‘Bantuan STR’ adalah dirujuk dari sumber dalam Portal Rasmi STR. Sekiranya pihak tuan / puan mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan ‘Bantuan STR’, sila rujuk Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau hubungi talian rasmi di bawah :
- 📞 Talian STR HASiL : 1800 88 2747; atau
- 📞 Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566.