AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK FASA 1

AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA OLEH PENERIMA YANG LAYAK FASA 1

Peruntukan Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk tahun 2026 dinaikkan sehingga RM15 billion bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan dan ianya merupakan peruntukan yang tertinggi dalam sejarah.

Berapakah amaun Bantuan STR dibayar untuk tahun 2026? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN DUIT BANTUAN MYKASIH FASA DISEMBER 2025 MULA MASUK : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT PEMBAYARAN INI

AMAUN BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Berikut merupakan amaun Bantuan STR yang akan dibayar untuk tahun 2026 bersama dengan Bantuan SARA :

  • Isi Rumah B40 :
TANGGUNGANAMAUN
BANTUAN STR
AMAUN
BANTUAN SARA
TiadaRM700RM1,200
(penerima biasa)
atau
RM2,400
(penerima eKasih)
1 – 2 orangRM1,200RM1,200
(penerima biasa)
atau
RM2,400
(penerima eKasih)
3 – 4 orangRM1,700RM1,200
(penerima biasa)
atau
RM2,400
(penerima eKasih)
5 orang ke atasRM2,200RM1,200
(penerima biasa)
atau
RM2,400
(penerima eKasih)
  • Isi Rumah M40 :
TANGGUNGANAMAUN
BANTUAN STR
AMAUN
BANTUAN SARA
TiadaRM200RM1,200
1 – 2 orangRM450RM1,200
3 – 4 orangRM700RM1,200
5 orang ke atasRM950RM1,200
  • Warga Emas :
TANGGUNGANAMAUN
BANTUAN STR
AMAUN
BANTUAN SARA
TiadaRM600RM600
(penerima biasa)
atau
RM1,800
(penerima eKasih)
  • Bujang :
TANGGUNGANAMAUN
BANTUAN STR
AMAUN
BANTUAN SARA
TiadaRM600
(penerima biasa)
atau
RM1,200
(penerima eKasih)

JADUAL BANTUAN STR DIBAYAR 2026

Sama seperti tahun sebelum ini, Bantuan STR akan dibayar secara ansur berperingkat melalui empat (4) fasa namun pada tarikh-tarikh yang berbeza-beza yang akan dimaklumkan pada tahun 2026.

FASA PELAKSANAANTARIKH BANTUAN STR
DIBAYAR
Fasa Pertama (1)Januari / Februari 2026
(akan dikemaskini)
Fasa Kedua (2)Mac / April 2026
(akan dikemaskini)
Fasa Ketiga (3)Ogos 2026
(akan dikemaskini)
Fasa Keempat (4)Oktober 2026
(akan dikemaskini)

CARA BANTUAN STR DIBAYAR KEPADA PENERIMA

Bantuan STR akan dibayar kepada penerima melalui dua (2) cara yang berbeza mengikut jenis penerima seperti berikut :

  • Bayaran tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) :
    • Khas kepada penerima yang tiada maklumat akaun bank / penerima status pengkreditan ‘Gagal Kredit / penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akaun bank.
  • Bayaran tunei melalui akaun bank secara ‘IBG Fund Transfer’ :
    • Khas kepada penerima yang mempunyai akaun bank atas nama sendiri dan didaftarkan dalam permohonan STR.

SEMAK KELAYAKAN SEBAGAI PENERIMA BANTUAN STR 2026

Layari laman sesawang log masuk MySTR di sini https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login dan ikuti cara semak kelayakan anda seperti berikut :

  1. Ruang kosong disediakan untuk anda isi [No. Kad Pengenalan].
    • *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa -.
  2. Terus klik pada butang [Semak].
  3. Anda akan dipaparkan dengan nama pemohon sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
  4. Jika nama yang dipaparkan betul, klik butang [Ya].
  5. Ruang kosong disediakan untuk anda isi [Kata Laluan].
    • Masukkan Kata Laluan yang betul pada ruang tersebut.
  6. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  7. Paparan Dashboard menandakan anda berjaya log masuk.
  8. Untuk semakan status, terus klik [Semakan Permohonan].
  9. Status permohonan Bantuan STR akan dipaparkan :
    • ‘Permohonan Diterima’; atau
    • ‘Permohonan Diproses’; atau
    • ‘Permohonan Tidak Lengkap’; atau
    • ‘Lulus’; atau
    • ‘Tidak Lulus’.
  10. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT BANTUAN STR

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Bantuan STR.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :

Atau hubungi talian pihak berwajib seperti nombor di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Leave a Comment