TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1
Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) merupakan sumbangan kewangan yang disalurkan kepada rakyat dewasa yang menetap di Malaysia bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup yang dihadapi. Pihak Kerajaan sentiasa menaikkan kadar peruntukan supaya dapat lebih ramai rakyat Malaysia.
Bilakah pembayaran Bantuan STR & bagaimanakah cara semakan status penerima? Rujuk maklumat lebih lanjut di bawah.
CARA PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026
Terdapat dua (2) sahaja cara pembayaran Bantuan STR kepada penerima, iaitu bergantung kepada jenis penerima seperti berikut :
| JENIS PENERIMA | CARA PEMBAYARAN BANTUAN STR |
|---|---|
| Penerima ada akaun bank | Dibayar melalui online banking terus ke dalam akaun bank penerima |
| Penerima tiada akaun bank atau Penerima status ‘Gagal Kredit’ | Dibayar secara tunai melalui kaunter mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026
Pembayaran Bantuan STR dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa seperti jadual di bawah :
| FASA-FASA PELAKSANAAN | TARIKH PEMBAYARAN BANTUAN STR |
|---|---|
| Fasa 1 | Januari / Februari 2026 |
| Fasa 2 | Mac / April 2026 |
| Fasa 3 | Ogos 2026 |
| Fasa 4 | Oktober 2026 |
JUMLAH PEMBAYARAN BANTUAN STR 2026
Supaya Bantuan STR dapat diterima dengan adil, Kerajaan akan menyalurkan bayaran Bantuan STR dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima :
- Isi Rumah Pendapatan B40 (Bawah RM2,500) :
| BIL. ANAK | BANTUAN STR | BANTAN SARA (STR DAFTAR EKASIH) | BANTUAN SARA (STR BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|---|
| Tiada | RM700 | RM2,400 | RM1,200 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 | RM2,400 | RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 | RM2,400 | RM1,200 |
| 5 orang ke atas | RM2,200 | RM2,400 | RM1,200 |
- Isi Rumah Pendapatan M40 (RM2,501 hingga RM5,000) :
| BIL. ANAK | BANTUAN STR | BANTUAN SARA |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM1,200 |
| 1 – 2 orang | RM450 | RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM700 | RM1,200 |
| 5 orang ke atas | RM950 | RM1,200 |
- Warga Emas Tiada Pasangan (B40 dan M40) :
| BIL. ANAK | BANTUAN STR | BANTUAN SARA (STR DAFTAR EKASIH) | BANTUAN SARA (STR BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|---|
| Tiada yang menepati syarat | RM600 | RM1,800 | RM600 |
- Bujang / Balu / Duda / Janda Tiada Anak (B40) :
| BIL. ANAK | BANTUAN STR | BANTUAN SARA (STR DAFTAR EKASIH) | BANTUAN SARA (STR BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|---|
| Tiada | Tiada | RM1,200 | RM600 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN STR 2026
Untuk ketahui status sama ada layak atau tidak sebagai penerima Bantuan STR, ikuti cara semakan yang lengkap di bawah :
- Sila layari pautan Portal Rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Laman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk] untuk ke dashboard permohonan.
- Isikan ruangan yang disediakan dengan ‘No. Kad Pengenalan’.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-) contoh : 880230113456.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Untuk pengesahan, ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
- Klik butang [Ya] jika kata kunci tersebut betul.
- Kemudian, masukkan [Kata Laluan] mengikut yang diciptakan.
- Klik terus pada butang [Log Masuk].
- Dashboard pemohon STR akan dipaparkan.
- Untuk ketahui status, sila klik [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR akan dipaparka.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT BANTUAN STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian Rasmi STR MOF : 03 8882 4565 / 4566
- Emel Rasmi STR : [email protected]