TARIKH BAYAR STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA PEMBAYARAN FASA 1
STR atau Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang disediakan oleh Kerajaan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat. Inisiatif bantuan ini disasarka kepada 9 juta rakyat yang berpendapatan rendah serta pendapatan sederhana.
Bagaimanakah semakan status penerima & bila tarikh bayar STR? Sila baca info penuh di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN DALAM IC RM2400 2026 : SEMAK STATUS ANDA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK & IKUTI CARA MOHON
CARA TERIMA BAYAR STR 2026
Kerajaan ingin memudahkan rakyat untuk menerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah). Oleh itu, kerajaan menyediakan dua (2) cara penerimaan bayaran kepada penerima yang ada akaun bank dan tiada akaun bank.
Berikut merupakan dua (2) cara bayaran :
- Penerimaan bayaran STR melalui akaun bank :
- Penerima yang mempunyai akuan bank serta mengisi maklumat akaun bank dalam permohonan STR akan terima bayaran terus ke dalam akaun bank melalui sistem ‘IBG Fund Transfer‘.
- Penerimaan bayaran STR melalui kaunter bank :
- Penerima yang tiada akaun bank, penerima berstatus ‘Gagal Kredit’ atau penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses online banking perlu menuntut bayaran STR secara tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat.
TARIKH BAYAR STR 2026
Lazimnya bayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) untuk setiap fasa dilaksanakan sebelum sambutan perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Perayaan Deepavali dan sebagainya.
Berikut adalah aggaran tarikh bayaran STR :
- Fasa 1 : Januari / Februari 2026 (akan dikemaskini).
- Fasa 2 : Mac / April 2026 (akan dikemaskini).
- Fasa 3 : Ogos 2026 (akan dikemaskini).
- Fasa 4 : Oktober 2026 (akan dikemaskini).
JUMLAH BAYAR STR 2026
Untuk tahun 2026, setiap penerima Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) akan secara automatik turut menerima Bantuan SARA (Sumbangan Tunai Rahmah) supaya cukup untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat.
Berikut merupakan jumlah bayaran mengikut kategori penerima :
- Bayaran Bantuan STR 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN STR |
|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM700 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Isi Rumah M40 | 0 anak : RM200 1-2 anak : RM450 3-4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
| Warga Emas | RM600 |
| Bujang | – |
- Bayaran Bantuan SARA 2026 :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN SARA (PENERIMA STR EKASIH) | JUMLAH BAYARAN SARA (PENERIMA STR ASAS) |
|---|---|---|
| Isi Rumah B40 | 0 anak : RM2,400 1-2 anak : RM2,400 3-4 anak : RM2,400 >5 anak : RM2,400 | 0 anak : RM1,200 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,200 >5 anak : RM1,200 |
| Isi Rumah M40 | – | 0 anak : RM1,200 1-2 anak : RM1,200 3-4 anak : RM1,200 >5 anak : RM1,200 |
| Warga Emas | RM1,800 | RM600 |
| Bujang | RM1,200 | RM600 |
SEMAKAN STATUS PENERIMA STR 2026
Penerima sedia ada atau yang baru memohon Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah), anda boleh menyemak status kelayakan sebagai penerima untuk bayaran tahun 2026. Namun, sebelum membuat semakan, sila daftar akaun pengguna baharu walau telah mempunyai akaun sedia ada.
Kemudian, ikuti cara semakan status yang lengkap di bawah :
- Sila layari pautan ‘Log Masuk STR’ di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
- Bahagian ‘Log Masuk STR’ akan dipaparkan.
- Masukkan [No Kad Pengenalan] pada ruang yang disediakan.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik terus pada butang [Semak].
- Kemudian, klik [Ya] jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, klik pada butang [Semak].
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang [Log Masuk].
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh klik [Semakan Permohonan].
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT STR
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
- Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]
berkahwin