TARIKH BAYARAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1

TARIKH BAYARAN STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA PEMBAYARAN FASA 1

Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk Fasa 1 tahun 2026 disasarkan kepada hampir seramai 9 juta rakyat yang telah berjaya lulus dalam permohonan yang dikemukakan sebelum pada 28 November 2025 lalu.

Bilakah tarikh bayaran STR & bagaimana cara semakan status kelayakan penerima? Sila baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : PERMOHONAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026 (RM1200 & RM2400 & RM600)

KAEDAH BAYARAN STR 2026

Supaya penerima dapat menerima bayaran Bantuan STR dengan mudah, Kerajaan menyediakan dua (2) kaedah bayaran kepada penerima yang tiada akaun bank dan kepada penerima yang mempunyai akaun bank :

  1. Bayaran Secara Tunai Di Kaunter Bank :
    • Bagi penerima yang tiada akaun bank, penerima status ‘Gagal Kredit’ dan penerima di pedalaman Sabah, Sarawak dan W.P Labuan yang tiada akses bank online perlu menuntut bayaran Bantuan STR di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana pusat yang akan ditetapkan oleh Kerajaan.
  2. Bayaran Secara Tunai Melalui Akaun Bank :
    • Bagi penerima yang mempunyai akaun bank serta memasukkan maklumat akan bank semasa permohonan akan terima bayaran Bantuan STR melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’ dalam akaun bank masing-masing.

TARIKH BAYARAN STR 2026

Bayaran Bantuan STR kebiasaanya dilaksanakan sebelum sambutan perayaan-perayaan seperti ‘Tahun Baru Cina’, ‘Hari Raya Aidilfitri’, ‘Hari Perayaan Deepavali’ dan sebagainya bagi meringankan bebenan rakyat untuk membuat persiapan.

Berikut adalah anggaran bayaran untuk Fasa 1, 2, 3 dan 4 :

  • Fasa 1 : Januari – Februari 2025 (akan dikemaskini).
  • Fasa 2 : Mac – April 2025 (akan dikemaskini).
  • Fasa 3 : Ogos 2025 (akan dikemaskini).
  • Fasa 4 : Oktober – November 2026 (akan dikemaskini).

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Masing-masing penerima akan terima bayaran Bantuan STR dengan jumlah yang berbeza mengikut kelayakan dan bilangan anak. Berikut adalah jumlah bayaran untuk tahun 2026 kepada penerima isi rumah, warga emas dan bujang :

  • Isi Rumah B40 :
BILANGAN
ANAK
JUMLAH BAYARAN STR
TiadaRM700
1 – 2 orangRM1,200
3 – 4 orangRM1,700
5 orang ke atasRM2,200
*Penerima STR Isi Rumah B40 yang tersenarai dalam rekod data eKasih akan terima bayaran tambahan (SARA) sebanyak RM2,400. Manakala Isi Rumah B40 biasa akan terima sebanyak RM1,200.
  • Isi Rumah M40 :
BILANGAN
ANAK
JUMLAH BAYARAN STR
TiadaRM200
1 – 2 orangRM450
3 – 4 orangRM700
5 orang ke atasRM950
*Semua penerima STR Isi Rumah M40 akan terima bayaran tambahan (SARA) sebanyak RM1,200.
  • Warga Emas :
BILANGAN
ANAK
JUMLAH BAYARAN STR
Tiada anak yang menepati syaratRM600
*Penerima Warga Emas yang tersenarai dalam rekod data eKasih akan terima bayaran tambahan (SARA) sebanyak RM1,800. Manakala Warga Emas biasa akan terima bayaran tambahan sebanyak RM600.
  • Bujang :
BILANGAN
ANAK
JUMLAH BAYARAN STR
TiadaDiganti SARA
*Individu Bujang tidak menerima bayaran STR. Namun hanya akan terima bayaran tambahan (SARA) sahaja sebanyak RM1,200 kepada yang tersenarai dalam rekod data eKasih dan Bujang biasa akan terima sebanyak RM600.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026

Bagi yang telah memohon Bantuan STR sebelum 28 November 2025, anda mungkin lulus permohonan dan layak terima bayaran untuk Fasa 1 2026. Namun, untuk ketahui status kelayakan yang lebih tepat, ikuti cara semakan di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan [Nombor MyKad] tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 80XXXXXXXXXX.
  4. Klik terus pada butang [Semak].
  5. Paparan seterusnya adalah [Kata Kunci Keselamatan].
  6. Jika nama yang dipaparkan sebagai kata kunci adalah betul, klik butang [Ya].
  7. Seterusnya, masukkan [Kata Laluan] yang betul.
  8. Klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, sila klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan permohonan STR akan dipaparkan.
  12. Selesai.

RUJUKAN LANJUT STR

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel :[email protected]

Leave a Comment