CARA KIRA DIVIDEN ASB 2024 (SEMAK ONLINE)

CARA KIRA DIVIDEN ASB 2024 (SEMAK ONLINE)

Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) yang merupakan syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB) telah mengumumkan kadar pengagihan (dividen) pendapatan yang tertinggi setakat ini, iaitu sebanyak 5.75 sen seunit untuk dana utamanya, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan akhir 31 Disember 2024.

Bagaimanakah cara kira dividen asb 2024? Ikuti panduan lengkap di bawah :

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI TAMBAHAN STR (RM100 & RM50 BULANAN) : CEK STATUS PENERIMA LAYAK ATAU TIDAK

KADAR BAYARAN DIVIDEN ASB 2024

Pembayaran kadar dividen (pengagihan) Amanah Saham Bumiputera (ASB) yang tertinggi direkodkan dalam tempoh lima (5) tahun (2019 hingga 2024) dan berikut adalah perbezaan kadar dividen dari tahun 2015 sehingga 2024 :

TAHUNKADAR DIVIDENBONUSBONUS
TAMBAHAN /
EHSAN
20245.500.25
20234.251.00
20223.351.250.50 bagi 30,000
unit pertama
20214.250.75
20203.500.750.75 bagi 30,000
unit pertama
20195.000.50
20186.500.50
20177.000.251.00 bagi 10,000
unit pertama
20166.750.50
20157.250.50

JUMLAH PENERIMA MANFAAT DIVIDEN ASB 2024

Pihak ASNB telah mengumumkan bahawa jumlah pengagihan pendapatan sebanyak 5.75 sen seunit bagi dana Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 dan kadar agihan keseluruhan dividen ASB adalah sebanyak RM10.1 billion akan memanfaatkan seramai 11.1 juta pemegang unit ASB pada tahun 2024.

ASB mengagihkan pendapatan yang kompetitif, mengatasi penanda arasnya iaitu kadar Deposit Tetap 12 bulan Maybank yang mencatatkan kadar purata sebanyak 2.64 peratus (%) sepanjang tahun ini.

CARA KIRA DIVIDEN ASB 2024

Bagi yang belum mengetahui cara pengiraan dividen ASB, ikuti panduan cara kira seperti berikut :

  • Dapatkan dahulu Baki Minimum Bulanan (BMB) – Baki ini merupakan baki terendah yang pernah dicatatkan dalam akaun anda di antara 1 haribulan sehingga hujung bulan, (dapatkan BMB untuk 12 bulan);
  • Setiap jumlah BMB bagi 12 bulan dicatatkan, kemudian tambahkan kesemua BMB untuk 12 bulan (Januari hingga Disember 2024);
  • Bahagikan jumlah keseluruhan BMB tersebut dengan 12 untuk mendapatkan ‘Purata Baki Minimum Bulanan 12 bulan’ atau ‘Baki Minimum Tahunan’;
  • Seterusnya, darabkan ‘Baki Minimum’ yang dapat dengan kadar dividen ASB 5.75 sen.

Contoh :

  • Dividen ASB 2024 : 5.50%
  • Bonus : 0.25%

Jika simpanan RM10,000 dari 01/01/2024 sehingga 31/12/2024 tanpa sebarang pengeluaran, jadi dividen akan dapat : RM10,000 x 5.75% = RM575 untuk tahun 2024.

TARIKH PENGANGUHAN URUS NIAGA ASB 2024

Transaksi ASB di cawangan dan ejen ASB, termasuk semua saluran dalam talian dan perbankan internet, akan ditangguhkan sementara dari 28 hingga 31 Disember 2024. Pemegang unit boleh meneruskan transaksi di semua saluran dalam talian dan perbankan internet bermula 1 Januari 2025, dan di mana-mana cawangan dan ejen ASNB bermula 2 Januari 2025.

  • Tempoh Penangguhan :
SALURAN & TRANSAKSIAMANAH SAHAM BUMIPUTERA
(ASB)
myASNB, Platform Digital,
Kaunter ASNB & Ejen
28 hingga 31 Disember 2024
Transaksi Penukaran27 hingga 31 Disember 2024
  • Pembukaan Semula :
SALURAN & TRANSAKSIAMANAH SAHAM BUMIPUTERA
(ASB)
myASNB, Platform Digital & Kiosk1 Januari 2025
Kaunter ASNB & Ejen2 Januari 2025

RUJUKAN

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Dividen ASB, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.asnb.com.my/IncomeDistribution.php.

Leave a Comment