BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025 : SEGERA SEMAK SYARAT KELAYAKAN & MOHON JIKA LAYAK

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025 : SEGERA SEMAK SYARAT KELAYAKAN & MOHON JIKA LAYAK

Malaysia kini memasuki musim tengkujuh di mana keadaan cuaca menjadi tidak menentu menyebabkan hasil pengeluaran getah menurun dan secara langsung menjejaskan pendapatan harian Pekebun Kecil dan Penoreh. Oleh itu, bantuan khas disediakan untuk membantu mereka yang berdaftar di bawah RISDA bagi meringankan beban yang dihadapi sepanjang musim ini.

Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan musim tengkujuh 2025? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SEMAKAN STATUS BAYARAN SYUKUR SABAH FASA 4 2025 : SEMAK SEGERA PEMBAYARAN BANTUAN ANDA

APA ITU BANTUAN MUSIM TENGKUJUH?

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ialah bantuan kewangan khas secara tahunan yang disediakan oleh pihak RISDA untuk membantu pekebun kecil dan penoreh getah yang pendapatannya terjejas akibat musim tengkujuh dalam meringankan beban yang dihadapi.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Syarat Kelayakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA, 2025 terdiri daripada :

Pekebun Kecil (Pemilik Tanah Yang Memiliki dan Mengusahakan Lot Bertanam Getah)

  • Warganegara Malaysia;
  • Pekebun Kecil yang berdaftar dengan RISDA;
  • Pemilik keluasan tanah antara 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Pemilik tanah yang sah;
  • Menyertai Banci Pekebun Kecil Getah 2023 RISDA;
  • Mempunyai PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (jika ada – wajib untuk peserta JPS dan JAKOA);

Penoreh (Mereka Yang Menoreh di Kebun Getah Pekebun Kecil dan Bukan Pemilik Tanah)

  • Warganegara Malaysia;
  • Penoreh yang berdaftar dengan RISDA;
  • Menoreh di lot berkeluasan 0.1 hingga 4.0 hektar;
  • Mendapat pengesahan pemilik tanah / wakil yang sah;
  • Mempunyai Kad PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat (WAJIB bagi penoreh).

JUMLAH BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025

Kadar bantuan Bantuan Musim Tengkujuh kepada penoreh getah dan pemilik kebun kecil yang berdaftar di bawah RISDA ialah berjumlah RM800.

Namun, bantuan akan disalurkan secara berperingkat ke akaun yang didaftarkan oleh penerima dalam masa tempoh empat bulan untuk tahun 2025 dan 2026 seperti berikut :

TARIKH KREDITAMAUN BAYARAN
November 2025RM200
Disember 2025RM200
Januari 2026RM200
Februari 2026RM200

KAEDAH PENYALURAN BANTUAN

Pemohon yang layak tidak perlu hadir ke pejabat RISDA untuk mengambil bayaran secara tunai. Sebaliknya, bayaran akan diproses dan disalurkan terus melalui transaksi atas talian atau Electronic Fund Transfer (EFT) ke akaun bank aktif penerima mengikut akaun yang telah didaftarkan oleh semasa permohonan bantuan.

PERMOHONAN BANTUAN

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2025 kepada pekebun kecil serta penoreh getah telah ditutup pada 31 Oktober 2025. Bantuan akan diberikan kepada pemohon yang layak dan memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.

SEMAKAN STATUS BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2025

Status permohonan BMT 2025 boleh di semak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi Portal Pekebun Kecil RISDA : https://bmt.risda.gov.my/bmtsemakanstatus/
  2. Halaman utama Portal akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan].
  4. Kemudian klik [Hantar].
  5. Maklumat [Status Permohonan BMT 2025] akan dipaparkan.
  6. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RISDA, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment