DAFTAR LESEN PERCUMA 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN BANTUAN (PANDUAN LENGKAP)

DAFTAR LESEN PERCUMA 2026 : CARA REGISTER PERMOHONAN BANTUAN (PANDUAN LENGKAP)

Berdasarkan sambutan permohonan yang tinggi untuk tahun ini, Pihak Kerajaan bersetuju untuk meneruskan Program Bantuan Lesen Percuma bagi tahun hadapan supaya dapat memanfaatkan rakyat terutamanya golongan B40 yang belum mempunyai sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM).

Bagaimanakah cara daftar Lesen Percuma 2026? Ikuti panduan lengkap dan info lebih lanjut berkaitan Bantuan Lesen Percuma di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

MANFAAT PROGRAM LESEN PERCUMA

Terdapat banyak manfaat yang dapat daripada pelaksanaan Program Bantuan Lesen Percuma. Antara manfaatnya adalah termasuk dapat :

  • Membantu golongan kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM).
  • Meningkatkan keselamatan jalan raya melalui pemilikan Lesen Memandu.
  • Menggalakkan dan memupuk masyarakat untuk memandu kenderaan secara sah di sisi undang-undang serta melahirkan penunggang motoksikal yang kompeten.
  • Meningkatkan peluang dan kebolehpasaran pekerjaan bagi golongan B40 yang memerlukan lesen untuk bekerja.

JENIS LESEN PERCUMA 2026

Hanya satu (1) sahaja jenis lesen yang ditawarkan secara percuma kepada individu yang layak untuk memohon. Berikut merupakan jenis lesen yang ditawarkan secara percuma :

  • Jenis : Kelas B2 (Motorsikal Bawah 250cc).

SYARAT PESERTA LESEN PERCUMA 2026

Program Bantuan Lesen Percuma terbuka kepada Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Golongan Belia (Berusia 16 hingga 35 tahun);
  • Terdiri daripada Golongan Keluarga Berpendapatan Rendah (B40);
  • Pelajar Sekolah Menengah, Lepasan SPM, Graduan Institut Pengajian Tinggi atau Golongan Belia;
  • Tidak memiliki sebarang Lesen Memandu Malaysia (LMM) semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, dan PDRM semasa mengemukakan permohonan.

CARA DAFTAR LESEN PERCUMA 2026

Individu yang memenuhi syarat-syarat kelayakan boleh mendaftarkan permohonan Bantuan Lesen Percuma mengikut panduan lengkap seperti di bawah :

  1. Layari Laman Web Rasmi JPJ : https://www.jpj.gov.my/ atau JPJ di negeri masing-masing.
  2. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2026.
  3. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan.
  5. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal. Hantar borang tersebut.
  6. Apabila permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal. (Pastikan pemohon hadir pada tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan anda tidak terbatal).
  7. Selesai.

*Nota : Tarikh pendaftaran untuk tahun 2026 belum diumumkan. Oleh itu, peserta perlu menyemak tarikh pendaftaran dibuka di laman web JPJ dari semasa ke semasa.

SENARAI DOKUMEN SOKONGAN UNTUK DAFTAR LESEN PERCUMA

Selain itu, apabila selesai mengisi borang pendaftaran, peserta perlu bawa bersama dokumen sokongan untuk mengukuhkan permohonan. Berikut adalah dokumen yang diperlukan :

  • Salinan kad pengenalan;
  • Bukti penerimaan bantuan kerajaan;
  • Surat pengesahan pendapatan isi rumah; dan
  • Gambar berukuran pasport terkini.

MAKLUMAT LANJUT LESEN PERCUMA

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Program Bantuan Lesen Percuma, sila semak di bawah :

  • Kos yuran peserta yang melibatkan fi latihan, amali dan ujian akan ditaja sepenuhnya.
  • Kos pengangkutan ke Institut Memandu (IM) dan kos-kos tambahan lain adalah tidak termasuk di dalam pakej ini dan perlu ditanggung oleh peserta sendiri.
  • Peserta perlu mengikuti latihan, amali dan ujian memandu berdasarkan tempoh masa dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan.
  • Peserta hendaklah bersedia mengikuti program ini berdasarkan tempoh masa dan jadual latihan serta ujian yang ditetapkan.
  • Adalah tertakluk kepada apa-apa syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dari semasa ke semasa.
  • Adalah diwajibkan untuk peserta menandatangani Surat Aku Janji dan pengesahan kendiri kesihatan penyertaan program MyLesen B2 bagi memastikan komitmen dan kebajikan semua pihak berjalan lancar sehingga program tamat.

RUJUKAN LANJUT

Artikel ini dirujuk daripada https://www.jpj.gov.my/wp-content/uploads/2025/04/SOALAN-LAZIM-PROGRAM-MYLESEN-B2-.pdf dan dikongsikan untuk mudahkan carian orang awam berkaitan ‘Bantuan Lesen Percuma’. Untuk rujukan lebih lanjut, sila rujuk pihak JPJ seperti di bawah :

Leave a Comment