SEMAK STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

SEMAK STR TAMBAHAN 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

Mungkin dengan bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) sahaja tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup rakyat berpendapatan B40 dan M40. Oleh itu, Kerajaan mewujudkan Bantuan Tambahan khusus untuk penerima STR bagi memenuhi keperluan untuk menampung kos sara hidup sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah cara semak STR Tambahan 2026? Ikuti panduan lengkap cara dan info berkaitan yang lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2026 : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

APA ITU STR TAMBAHAN?

STR Tambahan diperkenalkan sebagai Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan kepada penerima STR sebagai tambahan untuk membantu meringankan bebanan kewangan bagi menampung kos perbelanjaan barang keperluan asas setiap bulan untuk sepanjang tahun.

CARA TERIMA BANTUAN STR TAMBAHAN

Bantuan STR Tambahan disalurkan kepada penerima yang layak melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima yang layak dan boleh digunakan untuk beli barang-barang keperluan asas pada setiap bulan secara tanpa tunai (cashless) menggunakan Kad Pengenalan (MyKad).

Antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli adalah :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman.
  • Makanan dalam tin.
  • Bahan perasa.
  • Produk kebersihan.
  • Ubat-ubatan.
  • Barangan persekolahan.

*Namun, pembelian hendaklah tidak melebihi jumlah bayaran setiap bulan.

JUMLAH BANTUAN STR TAMBAHAN 2026

Berikut adalah jumlah bayaran Bantuan STR Tambahan pada setiap bulan dan sehingga jumlah terkumpul (setahun) mengikut kategori dan kelayakan penerima :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
JUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
JUMLAH BAYARAN
SETAHUN
Isi Rumah STR
Daftar eKasih
RM200RM2,400
Isi Rumah STR
Bukan eKasih
RM100RM1,200
  • KATEGORI WARGA EMAS :
KELAYAKAN
WARGA EMAS
JUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
JUMLAH BAYARAN
SETAHUN
Warga Emas STR
Daftar eKasih
RM150RM1,800
Warga Emas STR
Bukan eKasih
RM50RM600
  • KATEGORI BUJANG :
KELAYAKAN
BUJANG
JUMLAH BAYARAN
SETIAP BULAN
JUMLAH BAYARAN
SETAHUN
Bujang STR
Daftar eKasih
RM100RM1,200
Bujang STR
Bukan eKasih
RM50RM600

SYARAT PENERIMA STR TAMBAHAN 2026

Hanya mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut layak terima Bantuan STR Tambahan bagi tahun 2026 :

  • Warganegara Malaysia;
  • Merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
  • Kategori penerima :
    • Isi Rumah;
    • Warga Emas; dan
    • Bujang.
  • Kadar pendapatan bawah RM2,500 atau tidak melebihi RM5,000;
  • Berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih (bagi penerima yang berpendapatan bawah Garis Kemaskinan Semasa).

SEMAK STATUS STR TAMBAHAN 2026

Untuk memastikan status kelayakan sebagai penerima Bantuan STR Tambahan, anda boleh membuat semakan secara online seperti berikut :

  • Cara Semakan Di Portal MySTR :
  1. Layari Laman Web Portal MySTR Rasmi di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Terus klik butang [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
  6. Klik butang [Ya] jika betul.
  7. Masukkan Kata Laluan yang tepat.
  8. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard MySTR akan dipaparkan.
  10. Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan STR dan tambahan (SARA) akan dipaparkan.
  12. Selesai.
  • Cara Semakan Di Portal MyKasih :
  1. Layari Laman Web MyKasih Rasmi di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Layarkan skrin pada halama utama MyKasih ke bawah.
  3. Terus klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang yang disediakan.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Tunggu pengesahan ‘Verifikasi’.
  8. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  9. Selesai.

INFO LANJUT

Kami hanya menyediakan sedikit sahaja info berkaitan Bantuan STR Tambahan (SARA) untuk memudahkan carian orang awam. Untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

Leave a Comment