CARA KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2026 : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

CARA KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2026 : SILA KEMAS KINI MAKLUMAT ANDA SUPAYA NAMA TIDAK TERCICIR SEBAGAI PENERIMA

Kemaskini maklumat permohonan Bantuan MySTR (Sumbangan Tunai Rahmah) amat digalakkan untuk semua penerima sedia ada supaya dapat mengekalkan nama sebagai penerima dan mengelakkan nama daripada tercicir untuk bayaran tahun 2026.

Bagaimanakah cara kemaskini Bantuan MySTR 2026? Ikuti panduan lengkap dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN SARA DALAM MYKAD FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS PEMBAYARAN DUIT BANTUAN RAHMAH

JUMLAH BANTUAN MYSTR 2026

Berdasarkan kategori dan kelayakan penerima, jumlah Bantuan MySTR akan dibayar dengan jumlah sebanyak yang tertera di bawah :

  • Bayaran Bantuan MySTR 2026 :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN
MYSTR
Isi Rumah Pendapatan
Bawah RM2,500 (B40)
Tiada anak : RM700.
1 – 2 anak : RM1,200.
3 – 4 anak : RM1,700.
5 anak ke atas : RM2,200.
Isi Rumah Pendapatan
RM2,501 – RM5,000 (M40)
Tiada anak : RM200.
1 – 2 anak : RM450.
3 – 4 anak : RM700.
5 anak ke atas : RM950.
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM600.
Bujang / Balu / Duda / Janda
(Tiada anak)
RM0.

Selain itu juga, penerima Bantuan MySTR akan secara automatik akan menerima bayaran Bantuan MySARA sebanyak berikut :

  • Bayaran Bantuan MySARA 2026 :
KATEGORI
PENERIMA
PENERIMA
DAFTAR EKASIH
PENERIMA
BUKAN EKASIH
Isi Rumah B40RM2,400.RM1,200.
Isi Rumah M40RM1,200.
Warga Emas
(Tiada Pasangan)
RM1,800.RM600.
BujangRM1,200.RM600.

BILA KENA KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2026

Portal MySTR kini dibuka untuk permohonan baharu dan kemaskini maklumat permohonan sedia ada untuk penerimaan bayaran Fasa 1 bagi tahun 2026. Berikut merupakan tarikh saranan untuk kemaskini bagi membolehkan penerimaan bayaran Fasa 1 :

TARIKH KEMASKINI
DIBUKA
TARIKH KEMASKINI
DITUTUP
13 Oktober 2025 (Isnin)28 November 2025 (Jumaat)
*NOTA : Selepas tarikh di atas, Portal MySTR akan dibuka semula untuk permohonan baharu dan kemaskini permohonan sedia ada untuk penerimaan Fasa 2 pula.

SIAPA KENA KEMASKINI BANTUAN MYSTR

Tidak semua pemohon / penerima sedia ada kena kemaskini maklumat permohonan Bantuan MySTR. Hanya pemohon yang disenaraikan seperti di bawah sahaja :

  • Mempunyai perubahan maklumat permohonan yang penting;
  • Mempunyai tanggungan baharu / perubahan tanggungan;
  • Kadar pendapatan berkurang / meningkat dari tahun sebelum ini;
  • Status permohonan ‘Tidak Aktif’ atau ‘Tidak Layak’;
  • Data maklumat dinyatakan ‘Tidak Sah’;
  • Tidak kemaskini permohonan selama 3 tahun.

SEBAB KENA KEMASKINI BANTUAN MYSTR

Pertama sekali, sebab kena kemaskini maklumat Bantuan MySTR adalah supaya nama tidak tercicir sebagai penerima yang layak untuk tahun 2026 dan sebab lainnya ialah :

  1. Perubahan Maklumat Peribadi : Pemohon yang mempunyai perubahan maklumat peribadi yang penting seperti alamat tempat tinggal baru / nombor telefon / perubahan status perkahwinan.
  2. Pertambahan / Perubahan Tanggungan : Pemohon mempunyai anak baru lahir / anak angkat baru atau anak tukar status pelajar / anak mencapai usia 21 (bukan lagi tanggungan).
  3. Perubahan Pendapatan Pemohon : Kadar pendapatan telah berubah naik / turun perlu dikemaskini kerana jumlah Bantuan STR diberikan mengikut kadar pendapatan pemohon.
  4. Pertukaran Maklumat Akaun Bank : Jika mempunyai akaun bank yang baharu dan aktif, pemohon perlu memasukkan maklumat akaun bank yang lengkap supaya dapat terima pengkreditan Bantuan STR secara terus.
  5. Mengelakkan Pembatalan / Kelewatan Bayaran : Pihak LHDN boleh menolak / menangguhkan bayaran Bantuan STR jika data tidak sah / tidak kemaskini lebih tempoh.
  6. Saringan Semula Kelayakan Tahunan : Semakan semula kelayakan akan dilakukan untuk penerima yang aktif setiap tahun.

CARA KEMASKINI BANTUAN MYSTR 2026

Mudah sahaja untuk kemaskini maklumat permohonan Bantuan MySTR, pemohon / penerima sedia ada boleh rujuk panduan yang lengkap di bawah :

  1. Sila layari laman web rasmi Portal MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Klik terus pada butang [Log Masuk].
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan painda ruangan tersebut.
  4. Klik butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan, klik butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan kata laluan yang anda tetapkan.
  7. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
  8. Setelah berjaya Log masuk, paparan dashboard akan dipaparkan.
  9. Klik pada [Kemas kini Permohonan].
  10. Kemaskini Maklumat Asas Pemohon dengan maklumat yang terkini dengan lengkap dan tepat.
  11. Muat naik dokumen Sokongan.
  12. Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan
  13. ⁠Klik pada butang [Hantar].
  14. ⁠Setelah permohonan kemas kini berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
    • “Kemas kini Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
  15. Selesai.

RUJUKAN LANJUT MYSTR

Pihak kami menyediakan maklumat dalam artikel ini yang dirujuk sepenuhnya daripada Portal MySTR https://bantuantunai.hasil.gov.my/ dan dikongsikan untuk mudahkan carian orang awam berkaitan ‘Cara Kemaskini Bantuan MySTR’. Namun, jika terdapat sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Bantuan MySTR, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Hotline STR HASiL : 1-800-88-2747
  • Hotline STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • E-mel : [email protected]

Leave a Comment