SEMAKAN SARA 2026 ONLINE (BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH)

SEMAKAN SARA 2026 ONLINE (BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH)

Daripada seramai 5.4 juta penerima bagi tahun 2025, Kerajaan meluaskan kepada seramai 9 juta penerima yang layak untuk tahun 2026 dan supaya manfaat Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat dinikmati oleh semua rakyat berpendapatan rendah B40 dan M40.

Bagaimanakah semakan SARA 2026 secara online? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN BANTUAN SARA FASA NOVEMBER 2025 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA

KADAR BAYARAN SARA 2026

Kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026 adalah dikreditkan berbeza mengikut kategori dan kelayakan setiap penerima seperti berikut :

  • KATEGORI ISI RUMAH :
    • Isi Rumah berpasangan (ada / tiada anak) atau Isi Rumah Tunggal (ada anak) yang merupakan penerima STR (sama ada tersenarai e-Kasih) akan terima bayaran sebanyak berikut :
KELAYAKAN
ISI RUMAH
KADAR
BAYARAN SARA
Isi Rumah
(STR & eKasih)
RM200 setiap bulan
hingga
RM2,400 setahun
Isi Rumah
(STR sahaja)
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
  • KATEGORI WARGA EMAS :
    • Warga Emas tiada pasangan / balu / duda / janda (tiada anak) yang merupakan penerima STR (sama ada tersenarai e-Kasih) akan terima bayaran sebanyak berikut :
KELAYAKAN
WARGA EMAS
KADAR
BAYARAN SARA
Warga Emas
(STR & eKasih)
RM150 setiap bulan
hingga
RM1,800 setahun
Warga Emas
(STR sahaja)
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun
  • KATEGORI BUJANG :
    • Bujang / balu / duda / janda (tiada anak) yang merupakan penerima STR (sama ada tersenarai e-Kasih) akan terima bayaran sebanyak berikut :
KELAYAKAN
BUJANG
KADAR
BAYARAN SARA
Bujang
(STR & eKasih)
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
Bujang
(STR sahaja)
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun

JADUAL BAYARAN SARA 2026

Semua penerima STR yang tersenarai e-Kasih atau tidak tersenarai e-Kasih aka menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mengikut jadual yang sama untuk tahun 2026. Berikut merupakan jadual bayaran :

BIL.TARIKH BAYARAN SARA
1.Januari 2026
2.Februari 2026
3.Mac 2026
4.April 2026
5.Mei 2026
6.Jun 2026
7.Julai 2026
8.Ogos 2026
9.September 2026
10.Oktober 2026
11.November 2026
12.Disember 2026
*Namun, tarikh bayaran tahun 2026 masih belum diketahui dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa mengikut pindaan oleh Kerajaan.

SEMAKAN SARA 2026 ONLINE

Mudah sahaja untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kerana ianya boleh disemak secara online melalui Portal MyKasih dan Portal MySTR. Ikuti panduan semakan yang lengkap di bawah :

  • Panduan Semakan SARA 1 (Portal MyKasih) :
    1. Layari pautan Portal Rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Halaman utama Portal MyKasih akan dipaparkan.
    3. Layarkan skrin ke bawah dan klik butang [SEMAK KELAYAKAN].
    4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    5. Tunggu pengesahan verifikasi.
    6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    7. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
    8. Selesai.

Oleh kerana status kelayakan untuk tahun 2026 masih belum dinyatakan di Portal MyKasih, anda boleh membuat semakan di Portal MySTR seperti berikut :

  • Panduan Semakan SARA 2 (Portal MySTR) :
    1. Layari pautan Portal Rasmi MySTR 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
    2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
    3. Terus klik pada butang [Log Masuk] jika anda telah selesai mendaftar akaun.
    4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    5. Klik butang [Semak].
    6. Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
    7. klik butang [Ya] jika betul.
    8. Masukkan Kata Laluan anda.
    9. Kemudian, klik butang [Log Masuk].
    10. Dashboard MySTR akan dipaparkan.
    11. Pergi ke bahagian [Semakan Permohonan].
    12. Status kelayakan anda sebagai penerima STR dan SARA akan dipaparkan.
    13. Selesai.

BAYARAN SARA ONE-OFF 2026

Selain bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan, Kerajaan juga akan melaksanakan bayaran secara one-off (sekaligus) kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia (termasuk 9 juta penerima sedia ada).

Berikut merupakan jumlah bayaran SARA one-off untuk tahun 2026 :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
SARA ONE-OFF
Isi RumahRM100 sekaligus
Warga EmasRM100 sekaligus
BujangRM100 sekaligus

Ianya akan dibayar mengikut jadual seperti berikut :

JENIS PENERIMAANTARIKH BAYARAN
SARA One-Off (Sekaligus)Pertengahan Februari 2026

RUJUKAN LANJUT SARA

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber yang sahih daripada Portal Rasmi MyKasih berkaitan Bantuan SARA dan dikongsikan untuk mudahkan carian. Untuk maklumat dan info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

Leave a Comment