BANTUAN DALAM MYKAD RM300 (2026) : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bantuan RM300 sebulan oleh Kerajaan Negeri Selangor melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) untuk membantun keluarga-keluarga yang memerlukan dalam memenuhi keperluan asas diteruskan lagi bagi tahun 2026.
Bagaimanakah semakan status bantuan dalam mykad rm300? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: PERMOHONAN BANTUAN SELANGOR 2026 : CARA DAFTAR/REGISTER BANTUAN BINGKAS RM300 SETIAP BULAN
BANTUAN DALAM MYKAD RM300
Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah bantuan kewangan bulanan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada keluarga-keluarga Selangor yang memerlukan dalam mendepani cabaran ekonomi.
Bantuan BINGKAS dilaksanakan seperti berikut :
- Bantuan Bulanan RM300.
- Dikreditkan Secara tanpa tunai (cashless) melalui e-wallet BINGKAS di dalam aplikasi Selangkah.
- Digunakan untuk membeli barang-barang keperluan, kelengkapan pendidikan, serta kesihatan.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM300
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD RM300
Semakan Status Permohonan BINGKAS boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
Semak status di Portal Rasmi BINGKAS :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
Semak status di Aplikasi Selangkah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
CARA GUNA BANTUAN DALAM MYKAD RM300
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
SENARAI KEDAI BERDAFTAR
Terdapat banyak kedai berdaftar di bawah Program BINGKAS untuk penerima menggunakan akaun e-Wallet Selangkah bagi mendapatkan barangan asas, termasuk pasar raya besar seperti :
- Lotus;
- 99 Speedmart.
Untuk melihat senarai kedai penuh, anda boleh semak di laman rasmi BINGKAS di https://bingkasselangor.com/senarai-kedai/
SENARAI BARANGAN ASAS DILULUSKAN
Penerima BINGKAS boleh menggunakan kredit bantuan untuk mendapatkan barangan keperluan asas seperti berikut :
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Barang dapur basah (Contoh : Sayuran, buah-buahan, daging, ayam, ikan dan sebagainya).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/
- Soalan Lazim BINGKAS : https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/