SEMAK MYSTR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH HASIL
Portal MySTR kini dikemaskini dengan maklumat terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2026, disertakan penambahbaikan dari segi fungsi untuk penerima mengakses laman tersebut dengan mudah untuk permohonan, semakan status dan kemas kini maklumat.
Bagaimanakah semak mystr 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK STR : SEMAKAN BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026
MAKLUMAT PENTING
Berikut merupakan Maklumat Terkini mengenai Sumbangan Tunai Rahmah 2026 :
- Portal Rasmi STR 2026, iaitu Portal MySTR kini berwajah baharu https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Tempoh permohonan baharu STR 2026 adalah sepanjang tahun mulai 13 Oktober 2025.
- Permohonan dan Kemas kini STR Fasa 1, 2026 dibuka sehingga 28 November 2025 (Jumaat).
- Pemohon perlu mengemas kini maklumat permohonan jika tidak kemas kini selama tiga (3) bertahun berturut-turut.
- STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
- SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima STR sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.
- SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas pada Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.
PORTAL MYSTR 2026
Laman MySTR ialah Portal Rasmi untuk penerima mendapatkan urusan dan info terkini Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti :
| PORTAL RASMI STR 2026 | PAUTAN |
|---|---|
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Permohonan Baharu;
- Semakan Status Permohonan;
- Semakan Keputusan Rayuan;
- Semakan Status Kelayakan;
- Semakan Status Pembayaran;
- Kemas kini Maklumat.
SEMAK MYSTR 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemas Kini atau Semakan Status anda boleh tekan Kemaskini Maklumat & Semakan Permohonan.
- Selesai.
SYARAT KELAYAKAN MYSTR 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), 2026 terdiri daripada :
- Isi Rumah
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
menepati syarat; - Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- Bujang
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
KADAR KELAYAKAN MYSTR 2026
Jumlah pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR MAKSIMUM BAYARAN (SETAHUN) |
|---|---|
| Isi rumah berpendapatan RM 2500 kebawah | Tiada Anak : RM700 1 hingga 2 Anak : RM1,200 3 hingga 5 Anak : RM1,700 5 Anak dan Ke atas : RM2,200 |
| Isi rumah berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 | Tiada Anak : RM200 1 hingga 2 Anak : RM450 3 hingga 5 Anak : RM700 5 Anak dan Ke atas : RM950 |
| Warga emas tiada pasangan | RM 600 |
| Bujang | – |
KADAR TAMBAHAN MYSTR 2026
Kadar tambahan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) iaitu Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | PENERIMA STR & BERSTATUS EKASIH | PENERIMA STR SAHAJA & BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
RINGKASAN PEMBAYARAN
Secara umumnya, pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 seperti berikut :
- Kadar maksimum pembayaran STR 2026 : RM2,200 setahun (mengikut kategori penerima);
- Kadar maksimum tambahan melalui SARA 2026 : RM2,400 setahun (mengikut kategori penerima);
- SARA ONE-OFF RM100 kepada semua rakyat Malaysia.
JADUAL PEMBAYARAN MYSTR 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
| JENIS PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN | TARIKH PEMBAYARAN |
|---|---|---|
| Mempunyai Akaun Bank | Pengkreditan terus ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
| Tiada Akaun Bank atau Berstatus ‘Gagal Kredit’ | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
| Tiada Akaun Bank (Pedalaman Sabah / Sarawak) | Tuntutan secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Akan dikemaskini dari semasa ke semasa |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]