SEMAKAN KELULUSAN STR 2026 : SEMAK STATUS LULUS ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemukakan oleh setiap pemohon yang memenuhi syarat-syarat kelayakan akan diluluskan dan pemohon boleh mengetahui status kelulusan permohonan secara semakan online sahaja.
Bagaimanakah cara semakan kelulusan STR 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CARA PERMOHONAN MYKASIH 2026 : PANDUAN LENGKAP REGISTER BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
CARA LULUS STR 2026
Mudah sahaja untuk lulus permohonan Bantuan STR 2026, pemohon perlulah ikut cara berikut :
- Semak syarat kelayakan & pastikan memenuhi syarat tersebut ✅
- Kemukakan permohonan ✅
- Isi maklumat permohonan dengan tepat & betul ✅
- Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan ✅
SYARAT KELULUSAN STR 2026
Untuk lulus permohonan Bantuan STR 2026, pastikan memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
Kelayakan Kategori Isi Rumah :
| SYARAT | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Umur | Tiada had | Tiada had |
| Status Perkahwinan | Kahwin (ada / tiada anak) atau Balu / cerai (ada anak) | Kahwin (ada / tiada anak) atau Balu / cerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 | RM2,501 – RM5,000 |
Kelayakan Kategori Bujang :
| SYARAT | BUJANG | BUJANG (WARGA EMAS) |
|---|---|---|
| Warga negara | Malaysia | Malaysia |
| Umur | 21 – 59 tahun | 60 tahun & ke atas |
| Status Perkahwinan | Bujang / Balu / Duda / Janda | Bujang / Balu / Duda / Janda |
| Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 | Bawah RM5,000 |
SEMAKAN KELULUSAN STR 2026
Sila klik pada link laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 di bawah dan ikuti panduan semakan kelulusan permohonan seperti berikut :
| LAMAN WEB | LINK |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
- Halaman utama Laman Web STR 2026 akan dipaparkan.
- Bagi yang telah daftar akaun baharu, terus klik butang [Log Masuk].
- Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] pada ruang yang disediakan.
- Kemudian, klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ akan dipaparkan.
- Jika kata kunci tersebut betul, klik butang [Ya].
- Masukkan [Kata Laluan] yang telah disetkan dengan betul.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard MySTR akan dipaparkan.
- Untuk semakan, klik butang [Semakan Permohonan].
- Status pemohon akan dipaparkan :
- “Permohonan Diterima”.
- Selesai.
KADAR BANTUAN STR 2026
Kadar bayaran Bantuan STR bagi tahun 2026 adalah bergantung kepada katagori penerima dan berdasarkan bilangan tanggungan penerima seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah B40 & M40 :
| BIL. TANGGUNGAN | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM700 +RM1,200 | RM200 +RM1,200 |
| 1 – 2 orang | RM1,200 +RM1,200 | RM450 +RM1,200 |
| 3 – 4 orang | RM1,700 +RM1,200 | RM700 +RM1,200 |
| 5 orang ke atas | RM2,200 +RM1,200 | RM950 +RM1,200 |
- Kategori Bujang :
| BIL. TANGGUNGAN | BUJANG 21 – 59 TAHUN | BUJANG 60 TAHUN KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada | RM0 +RM600 | RM600 +RM600 |
CARA TERIMA BANTUAN STR 2026
Apabila permohonan diluluskan, penerima akan menerima bayaran Bantuan STR secara ansur selamat empat (4) fasa melalui cara berikut :
- Penerimaan Secara Tunai Di Kaunter BSN :
- Penerima yang tiada maklumat akaun, penerima status ‘gagal kredit’ dan penerima di pedalaman Sabah dan Sarawak yang tiada akses akaun bank akan menerima bayaran Bantuan STR secara tunai melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau mana-mana kaunter yang bersesuaian.
- Penerimaan Secara Automatik Melalui Akaun Bank :
- Penerima yang ada akaun bank serta mendaftarkan nombor akaun tersebut dalam permohonan STR akan menerima bayaran secara automatik dalam akaun bank melalui sistem IBG Fund Transfer.
RUJUKAN LANJUT
Sumber rujukan dalam artikel ini adalah daripada Laman Rasmi STR yang dirujuk dan tulis kembali bagi memudahkan carian orang ramai berkaitan Bantuan STR 2026. Namun, sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan STR, sila rujuk :
- Laman Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Talian STR HASiL : 1-800-88-2747
- Talian STR MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- E-mel :[email protected]