SEMAK STATUS SARA 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH
Pelaksanaan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 membolehkan lebih ramai penerima STR layak menerima bantuan dalam bentuk barangan asas termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan.
Bagaimanakah semak status sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: APA ITU STR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
SEMAKAN SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
CARA PELAKSANAAN
enerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 akan menerima bantuan barangan keperluan asas tanpa tunai (cashless) secara automatik MyKad untuk penerima membeli barangan keperluan asas / kategori produk yang diluluskan di pasar raya / kedai runcit terpilih seluruh negara menggunakan MyKad.
RINGKASAN PELAKSANAAN SARA
Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
- Penerima STR Sahaja : Kadar kelayakan sehingga RM 1,200 setahun;
- Penerima STR (Berstatus eKasih) : Kadar kelayakan sehingga RM 2,400 setahun; DAN
- Semua Rakyat Malaysia : RM100 ONE-OFF (Februari 2026).
SEMAK KADAR BAYARAN SARA 2026
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut:
| KATEGORI PENERIMA | KADAR SARA (BERSTATUS EKASIH) | KADAR SARA (BUKAN EKASIH) |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM2,400 (RM200 Sebulan) | RM1,200 (RM100 Sebulan) |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM1,800 (RM150 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
| Bujang | RM1,200 (RM100 Sebulan) | RM600 (RM50 Sebulan) |
SEMAK STATUS SARA 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| Portal SARA | https://sara.gov.my/ |
| Portal MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my/ |
Cara semakan status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]