SEMAK MYSARA 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAK MYSARA 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) ialah satu program bantuan kerajaan yang dilaksanakan untuk membantu meringankan bebanan kewangan dan menampung keperluan asas seperti barang dapur, produk kebersihan dan sebagainya.

Bagaimanakah cara semak MySARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK STATUS BANTUAN STR : SEMAKAN KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

KAEDAH BAYARAN MYSARA

Dua (2) kaedah bayaran Bantuan MySARA dilaksanakan, iaitu :

  • Setiap bulan :
    • Bayaran secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima pada setiap bulan.
  • One-off :
    • Bayaran secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan (MyKad) 22 juta rakyat secara sekaligus (one-off).

KADAR BAYARAN MYSARA 2026

Berikut merupakan kadar bayaran Bantuan MySARA bagi tahun 2026 kepada setiap kategori penerima :

  • Isi Rumah :
    • Miskin & Miskin Tegar : RM2,400 setahun.
    • Asas Bukan Miskin : RM1,200 setahun.
  • Warga Emas (tiada pasangan) :
    • Miskin & Miskin Tegar : RM1,200 setahun.
    • Asas Bukan Miskin : RM600 setahun.
  • Bujang :
    • Miskin & Miskin Tegar : RM600 setahun.
    • Asas Bukan Miskin : RM600 setahun.

TARIKH BAYARAN MYSARA

  • Bayaran Setiap Bulan :
    • Januari 2026.
    • Februari 2026.
    • Mac 2026.
    • April 2026.
    • Mei 2026.
    • Jun 2026.
    • Julai 2026.
    • Ogos 2026.
    • September 2026.
    • Oktober 2026.
    • November 2026.
    • Disember 2026.
  • Bayaran One-off :
    • Februari 2026.

KEGUNAAN BANTUAN MYSARA

Bantuan MySARA yang dikreditkan dalam Kad Pengenalan adalah untuk digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
  • Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).

SEMAK MYSARA 2026

Cara Semakan Status MySARA melalui Portal MySTR :

  1. Sila layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Terus ke butang [Log Masuk].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan.
  6. Klik [Ya] sekiranya Kata Kunci Keselamatan tersebut betul.
  7. Masukkan Kata Laluan anda dengan betul.
  8. Kemudian, klik pada butang [Log Masuk].
  9. Pada Dashboard MySTR, klik [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan Bantuan MySARA akan dipaparkan.
  11. Selesai.

Cara Semakan Status MySARA melalui Portal SARA :

  1. Sila layari Portal Rasmi MySARA : https://mykasih.com.my/.
  2. Terus ke butang [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Bahagian semakan status akan dipaparkan.
  4. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
  5. Klik pada butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

RUJUKAN MYSARA

Semua maklumat yang ditulis dalam artikel ini adalah rujukan daripada Portal Rasmi MyKasih (SARA) dan MySTR berkaitan Bantuan MySARA. Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

Leave a Comment