SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SARA

SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN SARA

Pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara tanpa tunai (cashless) memudahkan urusan penerima dalam membuat pembelian barangan keperluan asas yang diluluskan dengan hanya menggunakan MyKad sebagai medium pembayaran.

Bagaimanakah semakan kelayakan mykasih 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN DALAM IC 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & CARA REGISTER PERMOHONAN

KELAYAKAN MYKASIH 2026

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
    • Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

AMAUN KELAYAKAN MYKASIH 2026

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut:

  • Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah (Miskin dan Miskin Tegar eKasih)
Bilangan AnakKadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Tiada Anak (0)RM700RM2,400
Anak 1 hingga 2RM1,200RM2,400
Anak 3 hingga 4RM1,700RM2,400
Anak 5 ke atasRM2,200RM2,400
  • Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 (Bukan eKasih)
Bilangan AnakKadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
Tiada Anak (0)RM200RM1,200
Anak 1 hingga 2RM450RM1,200
Anak 3 hingga 4RM700RM1,200
Anak 5 ke atasRM950RM1,200
  • Warga Emas Tiada Pasangan
Kadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
RM600RM600
  • Bujang
Kadar STR
(Setahun)
Kadar SARA
(Setahun)
RM600

Catatan : Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara automatik setiap bulan.

INFO PENTING

Ringkasan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :

  • Penerima STR Sahaja : Kadar kelayakan sehingga RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
  • Penerima STR (Berstatus eKasih) : Kadar kelayakan sehingga RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
  • Semua Rakyat Malaysia : RM100 ONE-OFF (Februari 2026)

Catatan : Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam IC/MyKad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan di kedai berdaftar untuk mendapatkan barangan keperluan asas.

SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2026

Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal SARA; dan
  • Portal MySTR

Semak status di Portal SARA :

  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula
    • Tarikh Program Berakhir
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

Semak status di Portal MySTR :

  1. Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
  2. ⁠Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
  3. Masukkan No Kad Pengenalan anda.
  4. Tekan (Semak).
  5. Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
  6. Seterusnya, tekan butang (Semak).
  7. Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
  8. ⁠Klik butang (Log Masuk).
  9. Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
  10. ⁠Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
    • Status Permohonan STR;
    • Jumlah Telah Dibayar;
    • Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
    • Status Kelayakan SARA;
  11. Selesai.

CARA GUNA KREDIT MYKASIH

Penerima boleh menggunakan kredit SARA untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit seperti berikut:

  1. Kunjungi Kedai Runcit atau Pasar Raya berdaftar yang berdekatan.
  2. Pilih Barangan Keperluan asas berdasarkan kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  5. Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment