SEMAKAN KELAYAKAN SARA 2026 : SEMAK STATUS LAYAK KE TIDAK BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH
Terkini! Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 ditambahbaik, membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia layak menerima bantuan ini serta dengan peningkatan kadar bayaran untuk pembelian barangan asas bulanan.
Bagaimanakah semakan kelayakan sara 2026? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: STR ONLINE 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
SYARAT KELAYAKAN SARA 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Semua Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
PEMBAYARAN SARA 2026
Ringkasan pembayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
- Penerima STR Sahaja : Kadar kelayakan sehingga RM 1,200 setahun (RM100 sebulan)
- Penerima STR (Berstatus eKasih) : Kadar kelayakan sehingga RM 2,400 setahun (RM200 sebulan)
- Semua Rakyat Malaysia : RM100 ONE-OFF (Februari 2026)
Catatan : Bantuan akan disalurkan secara tanpa tunai ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima, dan boleh dibelanjakan di kedai berdaftar untuk mendapatkan barangan keperluan asas yang diluluskan.
AMAUN KELAYAKAN SARA 2026
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, akan disalurkan seperti berikut:
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2500 Kebawah (Miskin dan Miskin Tegar eKasih)
| Bilangan Anak | Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) |
|---|---|---|
| Tiada Anak (0) | RM700 | RM2,400 |
| Anak 1 hingga 2 | RM1,200 | RM2,400 |
| Anak 3 hingga 4 | RM1,700 | RM2,400 |
| Anak 5 ke atas | RM2,200 | RM2,400 |
- Isi Rumah Berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000 (Bukan eKasih)
| Bilangan Anak | Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) |
|---|---|---|
| Tiada Anak (0) | RM200 | RM1,200 |
| Anak 1 hingga 2 | RM450 | RM1,200 |
| Anak 3 hingga 4 | RM700 | RM1,200 |
| Anak 5 ke atas | RM950 | RM1,200 |
- Warga Emas Tiada Pasangan
| Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) |
|---|---|
| RM600 | RM600 |
- Bujang
| Kadar STR (Setahun) | Kadar SARA (Setahun) |
|---|---|
| – | RM600 |
SEMAKAN KELAYAKAN SARA 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Cara semakan status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
Cara semakan status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
MANFAAT SARA 2026
Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad, secara bulanan membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti makanan, produk kebersihan diri, ubat-ubatan, barangan kebersihan rumah dan peralatan sekolah di pasar raya berdaftar berdekatan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA melalui MyKad.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]