SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bermula hari ini, 18 Oktober 2025 (Sabtu) bayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 akan mulai dikreditkan dan dibayar kepada seramai 8.8 juta penerima yang layak dan jumlah bayaran adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan setiap penerima.
Bagaimanakah semakan bayaran STR Fasa 4 2025? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN SARA 2026 (SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH)
🤷 SIAPA AKAN TERIMA BAYARAN STR FASA 4?
Seramai 8.8 juta rakyat daripada kategori “Isi Rumah”, “Warga Emas” dan “Bujang” yang telah berjaya melepasi permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan menerima bayaran Fasa 4. Antara penerima yang layak adalah yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Kategori Isi Rumah :
SYARAT | KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Umur | Tidak terhad |
Status perkahwinan | Berkahwin ada atau tiada anak / bercerai ada anak |
Kadar Pendapatan | Bawah RM2,500 (B40) dan Atas RM2,501 hingga RM5,000 (M40) |
- Kategori Warga Emas :
SYARAT | KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Umur | 60 tahun dan ke atas |
Status perkahwinan | Bujang / Balu / Duda / Janda dan tiada anak yang tepati syarat |
Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM5,000 sebulan |
- Kategori Bujang :
SYARAT | KELAYAKAN |
---|---|
Warganegara | Malaysia |
Umur | 21 hingga 59 tahun |
Status perkahwinan | Bujang / Balu / Duda / Janda tiada anak yang tepati syarat |
Kadar Pendapatan | Tidak melebihi RM2,500 sebulan |
Status pembelajaran | Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa |
📆 TARIKH BAYARAN STR FASA 4 2025
Pembayaran Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dilaksanakan secara berperingkat kepada 8.8 juta penerima bermula pada tarikh yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri seperti di bawah :
KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN FASA 4 |
---|---|
Penerima ada akaun | Bermula 18 Oktober 2025, Sabtu |
Penerima tiada akaun (termasuk Sabah dan Sarawak) | Bermula 21 Oktober 2025, Selasa |
🏧 KAEDAH BAYARAN STR
Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 kekal dibayar melalui dua (2) kaedah yang dapat memudahkan rakyat untuk menerima bayaran secara tunai mahupun pengkreditan tunai terus seperti berikut :
JENIS PENERIMA | KAEDAH BAYARAN STR FASA 4 2025 |
---|---|
Penerima Ada Akaun Bank | Pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan melalui sistem ‘IBG Fund Transfer’. |
Penerima Tiada Akaun Bank | Pembayaran tunai di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) |
💸 JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025
Setiap kategori akan menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 dengan jumlah baki daripada keseluruhan bayaran daripada Fasa 1, 2 dan 3. Berikut merupakan jumlah bayaran untuk Fasa 4 mengikut kategori penerima :
- Isi Rumah B40 :
BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025 |
---|---|
Tiada anak | RM200 |
1 – 2 anak | RM350 |
3 – 4 anak | RM500 |
5 dan ke atas | RM700 |
- Isi Rumah M40 :
BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025 |
---|---|
Tiada anak | RM100 |
1 – 2 anak | RM150 |
3 – 4 anak | RM250 |
5 dan ke atas | RM350 |
- Warga Emas (Tiada Pasangan) :
BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025 |
---|---|
Tiada anak yang tepati syarat | RM150 |
- Bujang :
BIL. ANAK | JUMLAH BAYARAN STR FASA 4 2025 |
---|---|
Tiada anak | RM150 |
🚨 SEMAKAN BAYARAN STR FASA 4 2025
Kini, semua penerima atau pemohon baharu boleh mula membuat semakan bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran yang lebih tepat. Ikuti cara semakan bayaran seperti berikut :
- Pergi ke Portal Rasmi STR.
- Layari pautan Portal Rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Log masuk portal.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan maklumat peribadi.
- Isikan ruangan dengan nombor Kad Pengenalan anda dan klik [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan.
- Sahkan kata kunci kesalamatan yang dipaparkan dengan klik butang [Ya].
- Kata Laluan.
- Masukkan kata laluan yang telah anda tetapkan.
- Terus Log Masuk.
- Klik butang [Log Masuk] untuk teruskan.
- Dashboard pemohon.
- Dashboard pemohon STR akan dipaparkan.
- Pergi ke STR 2025.
- Layarkan skrin ke bawah dan klik butang [Semakan Permohonan] STR 2025.
- Paparan Status dan jumlah bayaran.
- Penerima akan dipaparkan dengan status kelayakan dan jumlah bayaran STR 2025.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT STR
Maklumat yang kami tulis dalam artikel ini adalah dirujuk dari sumber yang sahih dan dikongsikan untuk tujuan memudahkan carian orang ramai berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025. Sebarang masalah atau pertanyaan, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :
- Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Hotline MOF : 03-8882 4565 / 4566
- E-Mel : [email protected]