SEMAKAN BANTUAN SARA 2026 (SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH)
Terkini! Sumbangan Asas Rahmah (SARA) diteruskan lagi untuk tahun 2026, disertakan penambahbaikan dimana syarat kelayakan penerima diperluaskan membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia layak menerima bantuan ini untuk tahun 2026.
Bagaimanakah semakan bantuan sara 2026? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: BANTUAN IBU BERSALIN 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026
Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan SARA 2026 mestilah terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Berstatus eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
- Pendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa;
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 – Bukan eKasih;
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
KADAR BANTUAN SARA 2026
Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | Januari : RM200 Februari : RM200 Mac : RM200 April : RM200 Mei : RM200 Jun : RM200 Julai : RM200 Ogos : RM200 September : RM200 Oktober : RM200 November : RM200 Disember : RM200 Total : RM2,400 | Januari : RM100 Februari : RM100 Mac : RM100 April : RM100 Mei : RM100 Jun : RM100 Julai : RM100 Ogos : RM100 September : RM100 Oktober : RM100 November : RM100 Disember : RM100 Total : RM1,200 |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | Januari : RM150 Februari : RM150 Mac : RM150 April : RM150 Mei : RM150 Jun : RM150 Julai : RM150 Ogos : RM150 September : RM150 Oktober : RM150 November : RM150 Disember : RM150 Total : RM1,800 | Januari : RM50 Februari : RM50 Mac : RM50 April : RM50 Mei : RM50 Jun : RM50 Julai : RM50 Ogos : RM50 September : RM50 Oktober : RM50 November : RM50 Disember : RM50 Total : RM600 |
| Bujang | Januari : RM100 Februari : RM100 Mac : RM100 April : RM100 Mei : RM100 Jun : RM100 Julai : RM100 Ogos : RM100 September : RM100 Oktober : RM100 November : RM100 Disember : RM100 Total : RM1,200 | Januari : RM50 Februari : RM50 Mac : RM50 April : RM50 Mei : RM50 Jun : RM50 Julai : RM50 Ogos : RM50 September : RM50 Oktober : RM50 November : RM50 Disember : RM50 Total : RM600 |
SEMAKAN BANTUAN SARA 2026
Status Kelayakan Penerima boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal MySTR; dan
- Portal SARA
Cara semakan status di Portal MySTR :
- Layari Portal Rasmi mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Halaman Utama Log Masuk mySTR akan dipaparkan.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Klik (Semak Status Permohonan STR).
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Selesai.
Cara semakan status di Portal SARA :
- Layari Portal Rasmi SARA 2026 di : https://sara.gov.my/
- Halaman Utama Portal akan dipaparkan.
- Tekan Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula
- Tarikh Program Berakhir
- Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2026:
- Bila tarikh pembayaran SARA 2026 akan bermula?
- Tarikh rasmi pembayaran SARA belum diumumkan oleh pihak MOF, dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
- Bagaimanakah cara semakan status kelayaka SARA 2026?
- Anda boleh membuat semakan status kelayakan, kadar bayaran yang layak diterima di Portal Rasmi Bantuan (Portal SARA atau Portal MySTR).
- Bagaimana jika belum tersenarai sebagai penerima?
- Anda perlu membuat permohonan STR, dan kelayakan bantuan secara automatik jika anda lulus dan merupakan STR 2026.
- Adakah penerima STR 2026 automatik layak SARA 2026?
- Ya. Semua penerima STR 2026 (penerima baharu atau penerima sedia ada) akan menerima SARA 2026 secara automatik.
- Bolehkah SARA digunakan untuk membeli barang selain keperluan asas yang diluluskan?
- Tidak boleh. Penerima hanya boleh menggunakan kredit SARA untuk membeli barangan asas yang diluluskan sahaja di kedai yang berdaftar di bawah Program SARA.
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026