LOG MASUK STR 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA & KEMASKINI PERMOHONAN BARU
Pemohon / pengguna sedia ada boleh membuat kemaskinian permohonan dan semakan status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) tahun 2026. Namun, sebelum membuat sebarang kemaskini atau semakan status, pemohon / pengguna perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu.
Bagaimanakah cara log masuk STR 2026? Rujuk panduan lebih lengkap di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN STR 2026 : CARA REGISTER/DAFTAR AKAUN mySTR & PEMOHON BARU (PANDUAN LENGKAP)
CARA DAFTAR MASUK STR 2026
Berikut merupakan panduan lengkap cara daftar akaun STR yang baharu :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
CARA LOG MASUK STR 2026
Selepas selesai daftar akaun baharu, anda boleh log masuk akaun seperti paduan berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Selesai.
PANDUAN SEMAKAN STATUS KELAYAKAN STR 2026
Sekiranya berjaya log masuk akaun STR, ikuti cara semakan status kelayakan seperti berikut :
- Setelah selesai log masuk, Dashboard MySTR akan dipaparkan.
- Anda akan dipaparkan seperti butiran berikut :
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di akaun mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan (Semakan Permohonan).
- Status permohonan STR anda akan dipaparkan.
- Selesai.
PANDUAN KEMASKINI PERMOHONAN STR 2025
Sekiranya pemohon / pengguna mempunyai perubahan maklumat permohonan sedia ada, ada boleh mengemaskini borang tersebut seperi berikut :
- Paparan fungsi akaun STR adalah seperti :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Kemaskini, anda boleh tekan (Kemas Kini Maklumat Asas).
- Maklumat permohonan anda akan dipaparkan.
- Pilih bahagian maklumat yang anda ingin tukar.
- Setiap pertukaran maklumat, sila tekan [Teruskan].
- Kemudian, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Pihak kami hanya memaparkan info terkini berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dirujuk sepenuhnya daripada Portal Rasmi mySTR. Untuk info yang lebih lanjut, sila rujuk di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ atau di bawah :
- Hotline BKK : 1-800-88-2747
- Hotline MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Alamat E-Mel : [email protected]