BAYARAN SARA DALAM MYKAD SETIAP BULAN
Setiap bulan, seramai 8.1 juta rakyat Malaysia yang disahkan layak menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan menerima elaun bulanan setiap bulan melalui MyKad (Kad Pengenalan) dengan amaun yang diterima mengikut kelayakan masing-masing.
Bagaimanakah semak bayaran sara dalam mykad? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: BAYARAN BANTUAN SYUKUR SABAH – TARIKH & JUMLAH BAYARAN FASA 2
TEMPOH SAH DUIT SARA DALAM MYKAD
Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang dikreditkan setiap bulan dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima sah digunakan dalam tempoh yang ditetapkan :
| TARIKH BERMULA | TARIKH BERAKHIR |
|---|---|
| 9 Januari 2026 – Isi Rumah & Warga Emas 16 Januari 2026 – Bujang | 31 Disember 2026 |
JUMLAH ELAUN BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan dalam MyKad penerima dengan amaun berikut :
| KATEGORI PENERIMA | BERSTATUS EKASIH | BUKAN EKASIH |
|---|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Setiap Bulan | RM100 Setiap Bulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
| Bujang | RM100 Setiap Bulan | RM50 Setiap Bulan |
JADUAL MASUK BAYARAN SARA DALAM MYKAD
Elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dikreditkan setiap bulan dalam MyKad penerima mengikut jadual berikut :
| FASA BAYARAN | TARIKH BAYARAN | KATEGORI PENERIMA |
|---|---|---|
| Januari | 9 Januari 2026 | Isi Rumah & Warga Emas |
| – | 16 Januari 2026 | Bujang |
| Februari | 1 Februari 2026 | Semua |
| Mac | 1 Mac 2026 | Semua |
| April | 1 April 2026 | Semua |
| Mei | 1 Mei 2026 | Semua |
| Jun | 1 Jun 2026 | Semua |
| Julai | 1 Julai 2026 | Semua |
| Ogos | 1 Ogos 2026 | Semua |
| September | 1 September 2026 | Semua |
| Oktober | 1 Oktober 2026 | Semua |
| November | 1 November 2026 | Semua |
| Disember | 1 Disember 2026 | Semua |
SEMAK KELAYAKAN SARA DALAM MYKAD
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
- Portal SARA; dan
- Portal MySTR
Semakan Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) anda akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
- Selesai.
Semakan Status di Portal MySTR :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Kemudian klik (Status Kelayakan SARA);
- Status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) anda akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak.
- Selesai.
CARA SEMAK BAKI DUIT SARA DALAM MYKAD
Baki elaun bulanan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) boleh di semak dengan mudah secara online seperti panduan berikut :
- Layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Baki Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
| Nama Program | Sumbangan Asas Rahmah 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki (RM) | 200.00 (mengikut penggunaan penerima) |
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026