BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026 : SEMAKAN, PERMOHONAN, JUMLAH

BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026 : SEMAKAN, PERMOHONAN, JUMLAH

Terkini! Inisiatif kerajaan melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) diteruskan lagi bagi tahun 2026, dan akan disalurkan kepada semua penerima yang layak dengan kadar yang diberikan mengikut kategori kelayakan masing-masing.

Bagaimanakah permohonan dan semakan bantuan tunai rahmah 2026? Ikuti Info lanjut disini.

Baca juga: SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2026 : SEMAKAN STATUS, PERMOHONAN, JUMLAH

BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA

Syarat dan Kategori Kelayakan Bantuan 2026 mestilah terdiri daripada :

  1. Isi Rumah
    • Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
      menepati syarat;
    • Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
    • Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
  3. Bujang
    • Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • Berumur 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

CARA MOHON BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026

Panduan lengkap cara permohonan STR 2026 adalah seperti berikut :

  1. Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Klik butang Permohonan Baharu bagi membuat Permohonan Baharu.
  3. Lengkapkan maklumat Permohonan.
  4. Klik butang TERUSKAN setelah semua maklumat diisi dengan lengkap.
  5. Seterusnya isi Kod Captcha seperti yang dipaparkan pada menu Pengesahan dan klik butang Sahkan Captcha.
  6. Kemudian paparan Perakuan Pemohon akan dipaparkan. Sila pastikan maklumat yang dipaparkan tepat kemudian Tick [/].
  7. Klik butang Hantar bagi meneruskan permohonan. Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan berikut akan dipaparkan:
    • Klik butang YA jika ingin membuat pendaftaran ID MySTR. Rujuk Panduan Pengguna Daftar MySTR 2026.
    • Klik butang KEMUDIAN jika tidak ingin membuat pendaftaran ID MySTR.
    • Klik butang CETAK jika ingin membuat cetakan salinan permohonan.
  8. Setelah permohonan Berjaya dihantar, paparan pengesahan pemohon akan dipaparkan.
  9. Untuk semakan lulus atau tidak permohonan, semakan status boleh dilakukan di Portal yang sama.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026

Status Kelayakan Penerima boleh dilakukan secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi STR di pautan : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
  3. Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR].
  4. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  5. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
  6. Tekan pada butang [Log Masuk].
  7. Seterusnya, klik [Semak] untuk pengesahan Nombor Kad Pengenalan.
  8. ‘Frasa keselamatan’ akan dipaparkan.
  9. Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
  10. Masukkan kata laluan yang betul.
  11. Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
  12. [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
  13. Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
  14. Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
  15. Selesai.

KADAR BANTUAN TUNAI RAHMAH 2026

Kadar Bantuan yang akan disalurkan kepada penerima yang layak adalah seperti berikut:

KATEGORI PENERIMAKADAR KELAYAKAN MAKSIMUM (SETAHUN)
Isi rumah
berpendapatan RM 2500 kebawah
Tiada Anak : RM 700
1 hingga 2 Anak : RM 1,200
3 hingga 5 Anak : RM 1,700
5 Anak dan Ke atas : RM 2,200
Isi rumah
berpendapatan RM 2501 hingga RM 5000
Tiada Anak : RM 200
1 hingga 2 Anak : RM 450
3 hingga 5 Anak : RM 700
5 Anak dan Ke atas : RM 950
Warga emas tiada pasanganRM 600
Bujang

BANTUAN TAMBAHAN STR 2026

Kerajaan bakal meneruskan pemberian Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai bantuan tambahan kepada semua penerima STR 2026 (Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan) sama ada berstatus eKasih atau BUKAN eKasih dengan bayaran tambahan yang diberikan sehingga RM1,200 setahun.

Sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia, Kerajaan turut menyediakan Bantuan Tambahan (SARA) sebanyak RM100 setiap seorang secara sekaligus (one-off) pada pertengahan bulan Februari 2026.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan STR 2026:

  1. Bila bayaran STR 2026 akan mula dilaksanakan?
    • STR 2026 akan diagihkan secara berfasa mengikut jadual pembayaran yang ditetapkan bermula pada tahun 2026.
  2. Adakah semua layak menerima STR 2026?
    • Tidak. Hanya mereka yang memenuhi syarat kelayakan dan berdaftar STR sahaja akan menerima STR 2026.
  3. Bagaimanakah semakan status pembayaran STR 2026?
    • Anda boleh membuat semakan status bayaran di Portal Rasmi Bantuan (Portal MySTR) apabila pengkreditan bayaran STR 2026 mula dilaksanakan.
  4. Bagaimanakah jika berstatus gagal kredit ke akaun bank?
    • Penerima boleh tuntut secara tunai di Cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berdekatan.
  5. Apakah perbezaan STR dan SARA?
    • STR merupakan bantuan tunai kerajaan kepada golongan memerlukan bantuan, manakala SARA merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR secara tanpa tunai melalui Sistem MyKad untuk perbelanjaan barangan asas.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment