SEMAKAN SARA MYKASIH 100 : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK
Pemegang MyKad yang berumur 18 tahun dan ke atas (sehingga 31 Julai 2025) disahkan ‘Layak’ untuk menerima inisiatif Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) di bawah Program MyKasih sebanyak RM100 setiap penerima.
Bagaimanakah semakan status kelayakan SARA MyKasih 100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK SENARAI BARANG SARA – CARA BELI GUNA MYKAD
TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 100
Bantuan SARA MyKasih RM100 akan dikreditkan kepada semua penerima yang layak sekaligus pada tarikh berikut :
- Pada 31 Ogos 2025, Ahad (Sempena Hari Kemerdekaan Ke-68).
*Penerima boleh mula menggunakan Bantuan SARA bermula tarikh tersebut dan pada bila-bila masa sahaja.
CARA BAYARAN SARA MYKASIH 100
Kerajaan MADANI akan membayar Bantuan SARA MyKasih berjumlah RM100 kepada semua penerima yang layak di seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P Labuan dengan cara yang sama, iaitu secara tanpa tunai (cashless) melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima.
FUNGSI BANTUAN SARA MYKASIH 100
Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan menerusi Kad Pengenalan (MyKad) berfungsi khas untuk penerima menggunakannya bagi pembelian barangan keperluan asas seperti barang dapur, ubat-ubatan, produk kebersihan, alatan sekolah dan sebagainya.
KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH 100
Bantuan SARA MyKasih RM100 hanya diberikan kepada yang memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Pemegang MyKad Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tidak mengira jumlah pendapatan.
SEMAKAN SARA MYKASIH 100
Berikut merupakan panduan lengkap cara semakan status kelayakan penerima SARA MyKasih RM100 :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA MYKASIH
J : Ya. Terbuka kepada semua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas.
J : Tidak perlu. Kerana ianya diberikan secara automatik kepada pemegang MyKad daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
J : Tidak boleh. Penerima hanya boleh menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai.
J : Terdapat lebih 7,300 kedai dan pasaraya terpilih seluruh Malaysia yang menerima bayaran menggunakan Bantuan SARA MyKasih.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/documents/penghargaan_sara_faq_20250821.pdf.