MYKASIH SARA SEMAKAN RM100 – SEMAK STATUS KELAYAKAN SEKARANG
Program MyKasih SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang terbaru bakal dilaksanakan tidak lama lagi dan seramai 22 juta rakyat dewasa Malaysia akan menerima manfaat tersebut secara sekaligus (one-off).
Bagaimanakah semakan status kelyaan MyKasih SARA RM100? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN SARA RM100 – SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG
KADAR BANTUAN MYKASIH SARA
Kesemua individu yang berumur 18 tahun dan ke atas akan menerima kadar bayaran Bantuan MyKasih SARA One-off yang sama iaitu sebanyak RM100 setiap seorang dan bayaran bagi isi rumah pula sebanyak RM100 (suami) dan RM100 (isteri).
TARIKH BAYARAN MYKASIH SARA RM100
Bayaran Bantuan MyKasih SARA RM100 kepada semua akan dilaksanakan secara serentak pada 31 Ogos 2025 (Ahad) dan penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa sahaja sebelum pada 31 Disember 2025 (Rabu).
TARIKH MULA KREDIT | TARIKH AKHIR GUNA |
---|---|
31 OGOS 2025 (AHAD) | 31 DISEMBER 2025 (RABU) |
KAEDAH BAYARAN MYKASIH SARA RM100
Bantuan MyKasih SARA RM100 sekaligus (One-off) akan dibayar kepada setiap penerima melalui kaedah berikut :
- Penerima Di Semenanjung Malaysia :
- Dibayar secara tanpa tunai (cashless) terus melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima dan boleh digunakan membeli barangan keperluan asas.
- Penerima Di Sabah, Sarawak & W.P Labuan :
- Tiada lagi bayaran tunai kerana ianya dibayar sama seperti penerima di Semenanjung iaitu secara tanpa tunai (cashless) terus melalui Kad Pengenalan (MyKad) penerima.
TARIKH SEMAKAN MYKASIH SARA RM100
Portal Rasmi Semakan Kelayakan MyKasih SARA RM100 untuk semua telah dibuka bermula pada 21 Ogos 2025 (Khamis) untuk mengetahui sama ada ‘Layak’ atau ‘Tidak Layak’ menerima bayaran sebanyak RM100 dalam Kad pengenalan (MyKad) tidak lama lagi.
MYKASIH SARA SEMAKAN RM100
Berikut merupakan panduan lengkap cara semakan status MyKasih SARA RM100 :
- Sila layari Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA RM100 di sini : https://sara.gov.my.
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Penghargaan SARA Bantuan Tunai RM100 One-off untuk Rakyat Malaysia yang layak.
- Sila klik [Semak Kelayakan] untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
- Masukkan Nombor Mykad anda pada ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Penghargaan SARA
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 31/08/2025
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
- Baki (RM) : 100.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH SARA
Berikut adalah soalan-soalan lazim berkaitan Bantuan MyKasih SARA :
J : 22 juta rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas.
J : Tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan kerana ianya disalurkan secara automatik kepada yang layak.
J : Barang dapur, produk kebersihan, ubat-ubatan dan alatan sekolah (rujuk label MyKasih SARA dikedai tersebut).
J : Bantuan MyKasih SARA hanya boleh digunakan untuk pembelian secara tanpa tunai dan tidak boleh membuat pengeluaran tunai.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/food-aid-programme/sara/faq/.